Tahukah anda bahawa rakyat malaysia memerlukan visa untuk masuk ke negara Australia? Sebab itu kami buat post khas Cara Permohonan Visa Australia untuk Orang Malaysia untuk memudahkan tugas anda.
Bagi yang tidak pernah ke Australia, visa australia adalah visa jenis ETA iaitu Electronic Travel Authority. Secara bahasa mudahnya, visa ini adalah visa jenis elektronik dan tiada pelekat visa akan ditampal di passport anda. Apabila anda memohon visa australia, butiran passport anda akan disambungkan terus kepada sistem data visa australia. Sekiranya lulus, anda boleh memasuki Australia selama setahun.
Terdapat pelbagai jenis visa. Namun, untuk kategori pelancong,anda boleh memohon visa Australia pelancong dengan mudah di laman web rasmi imigresen Australia iaitu :
Link : https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp
Terdapat 7 halaman yang boleh diisi satu persatu didalam link ini. Secara am, kami sendiri telah mencuba dan mendapati permohonan dilaman ini agak mudah. Anda hanya perlu memastikan anda mengisi butiran lengkap dan klik sahaja NEXT sehingga 7 halaman selesai.
Cas bayaran untuk permohonan ini adalah AUD20 (~rm60) satu passport. Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh terus sahaja memohon visa daripada Muslimtravelbug Sdn Bhd serendah RM20 satu passport.
Link Permohonan Melalui Muslimtravelbug : https://muslimtravelbug.com/servis-visa-australia-murah/