fbpx

Cara Permohonan Visa China Untuk Orang Malaysia

Muslimtravelbug March 23, 2018

Hari ni nak sharing tentang proses buat visa China yang boleh bikin kemurungan pada awalnya sebab borang dia complicated *for me coz tak suka isi borang* plus desas desus pengalaman orang lain tentang betapa hazab nak dapat visa ni.

Dokumen diperlukan:

  • visa application form
  • 2 keping visa photo (white background size visa china)
  • fotokopi & original passport
  • flight travel itinerary
  • hotel booking (just book je mana2 kat booking dotkom coz nanti u blh cancel later)

BUAT APPOINTMENT, no need to queue.
Visit www.visaforchina.org dan set je appointment pilih tarikh yang available. it is FOC. No additional charge and no queue. Coz ada special lane utk yang appointment.

Okay dah selesai prep kan? So kita pegi office dia ikut masa yang kita set tu. Dimana?

Level 5, Hampshire Place.
LRT terdekat: Ampang Park. Kalau rajin jalan kaki je, kalau malas ambik grab rm5.

Waktu operasi adalah isnin sehingga jumaat, 9 pagi sehingga 4 petang.

Cara-cara selepas tiba di pejabat permohonan visa :

  • naik tingkat 5 pergi kaunter depan cakap dekat security u dah ada appointment. Dia akan suruh pegi special lane.
  • dia check your name dlm system and check document then bagi nombor.
  • tak sampai 1 minit nombor dah dipanggil *sedangkan ramai org yg dtg lg awal still menunggu disitu*
  • kat kaunter ni dia ambik semua document, check balik borang kalau ada salah apa2, bagi passport sekali kat dia and dia akan bagi slip collection tu.
  • pembayaran hanya di buat pada hari collection.

Kalau normal processing time 4 working days harga lain, express harga lain. Boleh refer table di bawah utk maklumat.

 

So for my case, next tuesday dah boleh collect. Tapi collect takde appointment. Just walk in bawa slip tu naik level 6 first come first serve basis. Visa only for China ye, Hong Kong & Macau tak perlu. Akhir kata, mengembaralah, dari situ kita belajar kenal diri sendiri, kenal orang sekeliling, kenal sisi lain bumi tuhan.

Kredit : Nur Fadhilah Muhamed Fauzi

P/S : Muslimtravelbug.com juga menyediakan pengurusan visa china daripada A-Z. Anda hanya perlu hantarkan passport anda ke pejabat atau poskan sahaja ke pejabat kami. Dan seterusnya, kami akan uruskan untuk anda. Cas serendah RM150 seorang untuk pengurusan single entry visa china. Siap dalam masa 3-5 hari.

Link : https://muslimtravelbug.com/servis-permohonan-visa-china/

Hubungi 03 95441442 untuk bertanyaan bekenaan harga dan servis visa china Muslimtravelbug Sdn Bhd.

2 thoughts on “Cara Permohonan Visa China Untuk Orang Malaysia”

Leave a Comment