Buat pengetahuan anda semua dari Kelantan ke Pekan Golok hanyalah 40 minit dengan merentasi sungai Golok. Jadi admin ingin ceritakan sedikit keistimewaan Pekan Golok yang anda tidak tahu dan patut pergi. Rugilah jika ada tidak terokai Golok, Thailand tambah-tambah buat yang tinggal di Kelantan. Jadi admin akan share itinerary anda untuk ke sana untuk seharian.
Permulaan dari Pasir Mas, Kelantan ke Pekan Mundok
Anda boleh masuk ke Thailand dengan menggunakan kereta janji anda melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh Imegresen. Jadi anda boleh ke pejabat District Officer, dan terus ke Munduk. Buat pengetahuan anda di Pekan Munduk anda boleh membeli belah disana kerana harga barangan yang di jual sangatlah murah. Kebanyakan perniaga di Kelantan pengambil barangan di sana untuk mendapatkan harga yang murah(dengan pembelian secara borong). Antara barangan yang di jual seperti tudung, baju, toto, mercun dan banyak lagi.
Makan tengah hari di Pekan Golok
Setelah penat shopping di Munduk anda boleh terus ke Pekan Golok untuk menikmati hidangan tengah hari anda. Admin cadangkan anda makan di Banglee Restaurant, di sana anda perlu bijak memilih kedai kerana banyak makanan tidak halal di sana. Di restoran Banglee admin yakin anda akan berpuas hati dengan masakannya, bukan itu sahaja harga makanan di sana juga berpatutan.
Anda boleh ke syurga barangan murah di pasar utama Golok
Setelah makan tengah hari anda boleh terus ke pasar utama Golok. Pasar ini merupakan kunjungan utama pelancong kerana segala barangan ada di jual di sana. Bagi pelancong wanita mereka lebih tertumpu membeli barangan seperti bag, makeup dan barang kemas. Bagi lelaki pula anda boleh shopping kudap-kudapan.
Nikmati sotong bakar di bazar
Untuk destinasi terakhir admin cadangkan anda mengunjungi bazar makanan di tepi stadium bola. Apa yang best dekat bazar ini adalah sotong bakar dan lok cing Siam kalau anda makan confirm jilat jari.
Patutlah ramai orang cakap seronok lintas sempadan dan nikmati makanan di Golok. Kalau anda datang Kelantan, alang-alang dah sampai tu, cubalah melawat Golok di Wilayah Narathiwat. Segala barangan yang di jual dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi sampai sini sahaja admin share jadual perjalanan, jika ada kelapangan boleh ke sana.
Anda memerlukan travel agensi? Masih tercari-cari lagi agensi menarik untuk bercuti? Apa tunggu lagi segera membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug untuk melancong ke Thailand. Jika anda berminat boleh hubungi kami KLIK DISINI.