fbpx

Fakta menarik mengenai negara Timur Tengah

Muslimtravelbug July 4, 2018

Tahukah anda Timur Tengah ini ialah satu-satunya benua di dunia yang telah dihuni semenjak dari permulaan peradaban dunia sehingga sekarang. Timur Tengah merangkumi 16 buah negara, antaranya adalah Bahrain, Cyprus, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Palestin, Kuwait, Lebanon, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Turkey, United Arab Emirates dan Yemen. Sesetengah masyarakat tidak gemar bercuti ke negara Timur Tengah kerana bagi mereka pemandangan di sana tidak cantik dan hanya di kelilingi padang pasir. Namun begitu, terdapat beberapa fakta menarik untuk anda kenapa perlu melancong ke Timur Tengah.

Antara faktanya ialah:

Merupakan tempat pertama permulaan peradaban dunia, permulaan peradaban ilmu seperti Matematik dan Sains, terdapatnya makam 25 Rasul pilihan Allah SWT, tiga masjid utama umat Islam (Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis) dan banyak lagi.

Kos tinggi tetapi berbaloi:

Admin mengaku kos untuk ke negara Timur Tengah agak mahal tetapi berbaloi kerana anda di sana dalam tempoh masa yang panjang. Bagi yang baru nak bermula, selain dari Mekah dan Madinah admin secara peribadi sarankan untuk ke Jordan, Egypt, Turki, Iran, Palestin dan Lubnan. Keenam-enam negara tersebut sangat sesuai dan berbaloi untuk anda mengembara berbanding ke negara teluk seperti UAE, Kuwait, Bahrain dan Oman yang mana kosnya lebih mahal. Manakala Iraq, Syria dan Yemen masih dalam kancah peperangan.

Dari keenam-enam negara yang saya sarankan di atas boleh bahagikan kepada tiga trip yang berbeza :

1- Jordan, Palestin dan Lubnan (14 hari), anggaran bajet RM6500.

2- Egypt dan Turki (16 hari), anggaran bajet RM5500

3- Iran (10 hari), anggaran bajet RM3600 – RM4500

Cara penerbangan murah ke Timur Tengah:

Ini “route” penerbangan yang biasa ke “Middle East” jika tiada direct “flight” yang murah dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), kebiasaannya kos “flight” pergi balik melalui “route” di bawah tak kurang dari RM1300 dan tak lebih dari RM2200 :

1- Terbang melalui Colombo, Sri Lanka. Dari KLIA ke Colombo naik Air Asia, dan dari Colombo ada banyak pilihan penerbangan seperti : Air Arabia, Fly Dubai, Bahrain Air, Aljazeera Airwaysdan lain-lain ke destinasi seperti Istanbul, Amman, Beirut, Teheran dan Cairo dengan harga yang sangat berpatutan.

2- Terbang melalui Doha Qatar, dari KLIA ke Qatar naik Biman Air ataupun Qatar Airways, dan dari Doha boleh naik Pegasus Air untuk ke Istanbul.

Kesimpulannya, negara Timur Tengah mempunyai banyak sejarah yang merarik terutama kota suci Mekah dan Madinah. Seandainya anda berkelapangan boleh berkunjung ke sana dan merasai sendiri pengalamannya.

Jika anda memerlukan agensi pelancongan, jangan risau kami Muslimtravelbug sentiasa ada bersama anda. Sekiranya, anda berminat boleh hubungi kami dengan KLIK DISINI.

 

Leave a Comment