Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan kepada anda yang ingin menerokai Jeju dengan hanya menaiki bas. Malah pelancong lebih gemar menaiki bas berbanding “transport” lain kerana mereka boleh melihat budaya sesuatu bangsa dengan lebih dekat lagi.
1. Anda perlu membeli T-Money untuk menaiki bas.
T-Money adalah kad kredit yang anda boleh toup di kedai convenience GS25, Seven Eleven atau mana-mana convenience store yang berdekatan. Sekiranya, anda membayar cash untuk membeli tiket, harga tiket akan lebih mahal sebanyak 50 Won.
Sekiranya anda hendak menaiki bas perlu “punch” kad T-Money begitu juga apabila hendak turun. Jika anda menaiki bas selama 30 minit, bas seterusnya adalah percuma.
Bila “punch” T-Money di meter bas, akan tunjuk baki dalam kad juga. Anda boleh naik 2 orang guna satu T-Money. Cakap atau tunjuk sign 2 orang, jadi pemandu bas akan tukar caj tiket bas di meter dia, barulah kita tap T-Money tu.
2. Lihat “display digital” di hentian bas.
Segala maklumat untuk melihat lokasi atau pergerakan bas dapat diperolehi dalam display digital. Mungkin anda akan mengambil masa selama 20 minit untuk menunggu bas.
3. Pastikan anda ada telefon bimbit dan internet.
Anda boleh dapatkan wifi dengan “group” sewa pocket Wifi di Airport dengan kos 3300 Won sehari. Jadi bila sampai ke stesen bas tu, barulah guna google map untuk key in destinasi nak pergi dan lokasi asal. Google map akan tunjukkan bas apa kena naik dengan stop mana nak turun. Atau tempat mana nak transit. Perlu double check no bas kat google map dengan senarai bas di bas stop.
4. Kos menaiki bas
Terdapat tiga jenis bas yang berbeza kos bayar tambang. Antara jenis bas adalah bas local, bas intercity dan bas limosine. Berikut adalah kos untuk tiga jenis bas:
Bas untuk lokal – 1150 Won
(banyak stop dan ramai lokal yang naik)
Bas intercity – 2000 Won
(lebih laju dan stop kurang)
Bas limosine ke airport – 5500 Won
(Mahal tapi sangat selesa)
5. Pilih penginapan yang berdekatan dengan hentian bas
Anda boleh pilih untuk menginap di Seogwipo dan Jeju City kerana kawasannya yang agak berdekatan dengan hentian bas.
Anggaran kos transport bas tidak lebih dari RM50 untuk pusing satu satu bandar Jeju. Rugi jika anda tidak ke Jeju kerana wang yang dihabiskan amat berbaloi.
Jika anda merancang untuk bercuti ke Jeju, pastikan anda membaca info-info di laman kami untuk pengalaman yang lebih baik. Sekiranya anda memerlukan pakej, anda boleh rujuk pakej ke Jeju, Korea di portal kami untuk butiran lebih lanjut.
Kredit: https://www.facebook.com/search/top/?q=9%20tips%20jeju