fbpx

Hanya dengan RM500 anda boleh bercuti selama enam hari di Lombok

Muslimtravelbug June 12, 2018

Admin akan share jadual perjalanan kepada anda yang teringin nak pergi Lombok Indonesia. Itinerary yang bakal admin kongsikan ini percutian selama enam hari lima  malam. Kalau anda nak lagi jimat pergi secara berkumpulan kerana anda akan dapat harga spesis. Jadi bagaimana nak bercuti di Lombok dengan bajet RM500 selama 6 hari?? Anda boleh baca contoh jadual perjalanan yang admin ulaskan di bawah.

Hari pertama:

Setelah sampai di Airport Lombok anda boleh terus ke Senggigi dengan menaiki bas Damri(kalau berdekatan dengan balai ketibaan) tiket sehala ke Senggigi beharga 35,000 rp (RM10). Anda boleh terus ke Hotel Bumi Aditya 150,000RP (RM 43) semalam kalau nak jimat lagi boleh kongsi dua, apa yang best nya mereka beri breakfast percuma. Hotel ini berdekatan dengan pantai Pura Batu Belong jadi anda boleh meluangkan masa di sana sebab pantai sangat cantik sesuai untuk bersantai atau berkelah. Dinner dekat hotel satu kepala 50,000rp(RM 14). Jadi admin semua untuk hari pertama adalah 10+43+14 =RM 67.

Hari kedua:

Hari keduanya anda check out hotel dan boleh ke  Pelabuhan Bangsal, Senggigi (30 minit hotel). Anda boleh menyewa motor dengan harga 70,000RP (RM20) termasuk minyak. Dalam perjalanan ke baangsal anda boleh singgah di Teluk Nipah (free). Setelah sampai di pelabuhan bangsal anda boleh beli tiket ke gili dengan harga 14,00RP (RM 4) + 2,500rp (RM1) untuk ke pulau *round 40 minit atas boat. Sampai di Gili anda boleh check in di Midnight Star 2 Hotel (bilik aircond) dengan harga 135,000rp (RM39) tambah percuma breakfast. Lunch di sana berharga 30,000rp(RM8.60). jika anda ingin melibatkan diri dengan aktiviti seperti snorkeling (120,000 rp, RM 34) untuk satu kepala. Lepas penat snokeling boleh terus balik ke hotel untuk berehat. Dinner sebanyak 45,000rp (RM13). Jadi untuk hari kedua total keseluruhan sebanyak 20+5+39+8.60+34+13= RM119.60

Hari ketiga:

Check out hotel pada pukul 9 pagi untuk trip seterusnya. Next, trip kita ke Senaru tiket boat ke gili bangsal macam biasa 15,000rp(RM5), ambil motor ke Senaru (1jam 30 minit). Check in Pondok Guru Bakti Cottage 150,000rp (RM43) jalan lebih kurang 10 minit ke air terjun tambah pula anda akan dapat free breakfast. Seterusnya, anda boleh ke entrance fee ke Tiu Kelep Waterfall & Sedang Gile Waterfall( 10,000rp- RM3) Tiu Kelep jalan lebih kurang 10-15 minit. Dari senaru ke Sembalun ( Bukit Selong) 1 jam ,jalan kurang cantik tapi di sembalum nanti macam kat cameron Highland, sejuk. Tiket masuk ke Bukit Selong 12,000rp(RM 3.40). Seterusnya anda boleh dinner di hotel dengan makanan serendah 40,000rp (RM11.50). Jumlah keseluruhannya ialah  5+43+3+3.40+11.50 = RM65.90.

Hari keempat:

Anda coleh checkout cottage pukul 9 pagi untuk ke Kuta Beach,hantar motor sewa tadi ke senggigi. Sebelum itu anda boleh singgah di Tebing Tinggi( free entrance). Dari Senggigi nak ke Kuta ,tidak banyak public transport so kena pandai kat sini 30,000rp (RM 8.60). Mataram ke kuta 100,000rp (RM28.70) 1jam setengah ke 2 jam, makan 50,000rp(RM 14.30). Anda boleh check in JM Hotel 85,000ro (RM 24.40) satu kepala(bilik aircond). Sewa motor 50,000rp (RM 14.30) dua hari +10k minyak (rm3). Activities – Selong Belanak beach (5000rp-RM1.50  entrance fee). Pantai Semeti (paling mencabar di lombok..fuhh tp view dia superb..also known as Pantai Krypton). Dinner makanan hanya 45000rp (RM 13) satu kepala. Total jumlah keseluruhan ialah 8.60+14.30+28.70+24.40+14.30+4.30=RM94.60

Hari kelima:

Pada permulaan pagi anda chek out hotel dan boleh pergi tempat-tempat east Kuta. Check in Kuta Garden Homestay (50,000rp- RM14.30). Pantai Pink ( 1 jam 32 minit from Kuta) 5000rp (RM1.50) entrance. Next ke Tanjung Ringgit (1jam 40minit) – > Batu Payung ( 7.5km from Kuta) 5000rp (RM1.50)  entrance -> Tanjung Aan ( 6km from Kuta) 5000rp (RM1.50)  entrance -> Bukit marese -> Seger Beach (5km from Kuta) 5000rp (RM1.50)  entrance. Dan untuk last sekali dinner 70,000rp (RM20). Total keseluruhannya ialah RM59.

Hari last:

Checkout hotel -> Transfer ke airport 60,000rp(RM17.22). Makan sebanyak 30,000rp (RM8.60). TOTAL lebih kurang RM30.

Jadi admin campurkan keenam hari tersebut RM437 sahaja tidak sampai pun RM500. Kalau anda nak jimat lagi boleh bawa bekal makanan sendiri. Apa tunggu lagi masukan Lombok sebagai destinasi wajib pergi. Jika anda tidak yakin untuk bercuti sendiri boleh menggunakan khidmat pelanggan kami di Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami di -> klik di sini.

 

 

Leave a Comment