fbpx

Jangan lakukan 5 perkara ini ketika melancong

Muslimtravelbug July 18, 2018

Untuk kali ini admin ingin memberi anda tips apa yang tidak patut anda lakukan ketika mahu travel ke luar negara. Enam perkara ini admin syorkan admin elakan daripada terjadi kesemua perkara ini. Antara perkara yang dilarang buat dan membuat anda rimas ialah:

1. Membuat tempahan pada waktu awal pagi

Bangun pada waktu subuh untuk menanti penerbangan ini adalah perkara yang cukup tidak selesa untuk dilakukan. Jika anda merancang perjalanan jauh ianya agak menyusahkan kerana anda terpaksa persiap di awal pagi lagi. Biasanya, harga menjimatkan tetapi masa yang tidak sesuai.

2. Beg terlebih muatan

Ini memang untuk wanita kalau dah namanya bercuti, semua barang nak dibawa. Sampai mampat beg dengan barangan. Kadang-kadang yang tak perlu pun dibawanya. Jadi, anda semua sebaiknya elakkan membawa beg yang terlebih muatan. Yelah, nanti menjadi satu beban pula untuk anda membawa barangan tersebut. Tambahan lagi, kalau pergi bercuti ni besarlah kemungkinan untuk anda membeli belah kan? Jadi, kemungkinan untuk beli pakaian baru tu pasti ada kan? Jadi tak perlulah bawa baju lebih-lebih sehingga terlebih muatan.

3. Tukar duit terlebih dahulu

Plan bercuti macam-macam aktiviti nak buat. Tetapi duit pula tak tukar ke matawang negara yang ingin anda pergi. Atau, tukar duit hanya cukup-cukup berdasarkan itinerari sebelumnya. Tidak bolehlah begitu, ini kerana mungkin semasa mereka pergi, segala kos masih belum tinggi, lain pula semasa percutian anda, mungkin semua kos penginapan, pengangkutan dan sebagainya meningkat. Jadi, kan lebih bagus jika anda bawa duit lebih buat simpanan kalau ada hal-hal yang kita tak jangka akan jadi. Senang cerita, duit kecemasan lah. Bawa duit lebih tak mengapa, jangan kurang. Nanti menyusahkan pula terpaksa pinjam-meminjam. kalau anda takut, anda boleh tukar kad debit anda ke penukaran antarabangsa. Haaaa, boleh baca tips penukaran kad debit.

4. Tidak mempunyai senarai semak ( Check list )

Kadang-kadang kita asyik memikirkan macam-macam sehinggakan bila tiba waktunya, ada sahaja yang tertinggal atau terlepas pandang. Kalau hal remeh tidak apa, kalau hal-hal penting seperti waktu penerbangan atau penempahan tempat penginapan? Kan mengundang masalah tu. Jadi, jangan biarkan keserabutan menyelubungi anda  (haha). Buatlah senarai semak dan bahagikan ke beberapa bahagian. Contohnya, lokasi yang akan anda pergi, aktiviti apa yang akan anda lakukan, barang apa yang perlu dan tak perlu, berapa hari tempoh percutian dan sebagainya. Memandangkan anda mungkin pertama kali sampai ke tempat tersebut, kan lebih bagus jika anda buat senarai semak. Kan lebih mudah? Semuanya nampak lebih terurus. Percutian anda juga tak jadi kelam kabut. Barulah dapat cuti sakan.

5. Jangan abaikan travel insurance.

 Mungkin anda rasa dengan mengambil travel insurance ini hanya akan menambah perbelanjaan anda sahaja. Tetapi anda perlu sedar bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku ketika anda travel. Anda mungkin dirompak ketika sedang menunggu bas. Anda juga boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti mana ianya boleh terjadi di negara anda sendiri. Mungkin juga anda terpaksa meninggalkan negara tersebut kerana bencana alam yang berlaku. Macam-macam perkara boleh berlaku walau sebaik manapun kita merancang perjalanan kita. Travel insurance mampu melindungi anda ketika anda berada di luar negara dan sememangnya tidak patut dielakkan. Anda HARUS mengambil travel insurance sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara kerana ia bertujuan untuk melindungi anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan termasuklah medical dan non-medical emergency. Jika sesuatu berlaku kepada anda, contohnya seperti kemalangan, dan anda tidak mempunya insurans, semua kos perbelanjaan perubatan yang kebiasaannya boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit harus ditanggung oleh anda sendiri.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda gunakan sebelum pergi melancong. Admin harap ianya berguna untuk anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan travel agensi supaya tidak sesat. Jika anda memerlukan travel agensi jangan risau kami Muslimtravelbug ada menawarkan pakej yang menarik kepada anda. jika berminat sila KLIK DISINI.

Leave a Comment