fbpx

Jangan lakukan 5 perkara ini semasa anda melancong ke Jerman

Muslimtravelbug July 9, 2018

Jerman adalah negara yang terkenal dengan ekonomi negara berkembangan dengan pesat dan juga menjadi pusat pelancongan utama di Kesatuan Eropah. Namun begitu, di negara Jerman juga mempunyai larangan yang tertentu yang mesti semua orang patuhi. Antara larangannya ialah:

1. Anda tidak boleh membuang sampah sesuka hati

Sama seperti di Malaysia jika anda membuang sampah di merata tempat akan dikenakan hukuman sama ada lakukan kerja amal atau bayar denda. Jika di Jerman bayaran denda akan dikenakan sebanyak 25 Euro (RM150 lebih kurang), malah bagi mereka ini adalah isu penting yang mesti titik beratkan oleh penduduk. Di Jerman terdapat tempat sampah yang berwarna berbeza untuk sampah umum iaitu plastik, kertas dan karbon, kaca, organi dan banyak lagi. Untuk botol kaca yang kosong harus dibawa ke bekas yang lebih besar iaitu terletak di beberapa tempat penting. Selain itu, bola lampu, bateri, elektronik, dan furniturt juga dibezakan lagi.

2. Jangan tabik hormat terhadap Nazi atau Hitler

Walaupun Nazi berasal dari Jerman, tetapi ini adalah kenangan yang buruk bagi masyarakat Jerman sendiri. Maka dari itu, bila kamu secara tidak sengaja ataupun sengaja menunjukkan simbol nazi, penghormatan, bendera atau slogan anda boleh dihukum lima tahun penjara dan perlu membayar denda. Jangan sampai kamu melakukan hal ini apalagi mengatakan gurauan mengenai Hitler.

3. Dilarang membuat bising

Di Jerman terdapat larangan untuk menghidupkan muzik secara kuat atau apapun yang menimbulkan suara keras bahkan membersihkan menggunakan vakum. Anda dibenarkan membuat bising  antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang pada hari Ahad atau pada 10 malam hingga 7 pagi. Bahkan menggunakan mesin basuh di waktu-waktu yang telah disebutkan akan menimbulkan protes dari orang sekitar.

4. Jangan menunggu tempat duduk restoran kosong

Di Jerman jadi hal umum untuk berbagi meja kepada orang yang tak dikenal. Maka anda  tidak perlu menunggu meja restoran hingga kosong. Jika anda melakukan perkara tersebut mungkin anda dianggap asing malah akan diperhatikan oleh masyarakat Jerman.

5. Jangan tenung orang

Mungkin di mana-mana pun tiada yang menyukai jika mereka merenung oleh orang tidak dikenali, namun ia lebih tidak disukai di Jerman. Anda akan dianggap tidak berpelajaran, ataupun sakit jiwa jika anda merenung orang.

Setelah tahu pantang larang semasa anda berasa di Jerman, jadi anda perlu sentiasa berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku. Bukan di Jerman sahaja, begitu juga dengan dengan negara lain anda patut patuhinya.

Berminat melancong ke luar negara? Tiada travel agensi yang sesuai? Jangan risau kami Muslimtravelbug sentiasa ada bersama anda, apa tunggu lagi segera membuat tempahan. Jika berminat KLIK DISINI.

Leave a Comment