Tips yang admin bakal kongsikan ini adalah sering kali menjadi persoalan yang diajukan apabila tengah paking barang untuk travel. Tips ini boleh digunakan bagi orang yang buat kali pertama hendak melancong ke luar negara. Tips ini agak berguna kerana kadang ada barang yang tak perlu langsung dibawa, tapi dia bawa. Ada juga barang yang penting dan perlu dibawa, tapi tak bawak. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini admin kongsikan tips penting ini buat anda semua.
1. Passport atau Dokumen Pengenalan Diri
Barang paling wajib anda perlu bawa untuk ke luar negara adalah passport. Jika anda hilangkan passport apabila berada di luar negara perlu membuat laporan segera kerana kemungkinan besar anda akan dikenakan tindakan undang-undang atau sukar mendapat pelepasan untuk pulang balik ke Malaysia. Oleh itu, simpan dengan rapi dan pastikan dalam tempat yang selamat.
2. Payung atau baju hujan
Yang ini paling penting kerana kita tidak boleh meramal cuaca apabila berada di sana. Jadi untuk persediaan awal seeloknya anda menyediakan payung atau baju hujan terlebih dahulu. Okay, mungkin anda boleh beli payung di sana tetapi harga yang dijual mungkin tidak masuk akal.
3. Phone charger atau power bank
Keduanya penting kerana ianya merupakan nyawa bagi “Smart phone” anda. Smart phone amat berguna semasa travel. Jika anda hendak kemana-mana boleh mengunakan Waze, Grab, Google Map dan lain-lain, yang ada dalam Smart phone untuk memudahkan lagi perjalanan anda. Jika anda menggunakan charger di airport memang ada disediakan tetapi akan dikenakan cas bayaran.
4. Tisu basah
Banyak negara yang tidak menggunakan paip di jamban, yang mana menyukarkan anda yang biasa menggunakan air paip. Wet tissue atau tisu basah adalah barang penting yang perlu dibawa kalau ke negara-negara luar. Jadi sediakan lebih awal. Selain itu, ia juga penting nak basuh tangan kalau kalau tak ada tempat nak basuh tangan.
5. First aid kit atau peti kecemasan
Peti kecemasan ini penting untuk dibawa semasa travel kerana jika berlaku kecederaan kita ada ubat. segala jenis ubat sudah disediakan dalam peti kecemasan ini jadi anda tidak perlu risau. Jenis ubat ini adalah untuk sakit biasa jika penyakit berlarutan hendaklah anda ke Hospital atau klinik yang berdekatan.
6. Minyak wangi
Pastikan minyak wangi ini anda letak di dalam luggage jika tidak anda akan ditahan sebelum masuk ke balai belepas. Isikan perfume anda di dalam botol plastik supaya tidak berat untuk dibawa.
7. Wang tunai
Sekiranya anda membawa kad ATM atau kad Kredit admin cadangkan bawa duit tunai sedikit untuk persedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diinginkan. Selain itu, tidak semua kedai menggunakan kad kredit anda juga perlu membuat bayaran cash. Oleh itu, sediakan wang cash dalam RM500- RM1000 sebelum anda memulakan perjalanan.
Pastikan anda tidak membawa banyak barang kerana sudah semestinya anda akan shopping sakan bila berada di sana. Jadi untuk mengelakkan cukai barangan dikenakan baik hindari terlebih dahulu. Sekarang anda, sudah tahu apa yang hendak dibawa semasa travel tapi pening pula hendak memilih agensi pelancongan yang menawarkan harga mudah. Jadi, jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pelbagai pakej yang menarik kepada anda. Boleh hubungi agen kami.