fbpx

Jelajahi Guilin & Yangshuo menjadi tumpuan pelancong di China

Muslimtravelbug July 17, 2018

Kali ini admin akan memperkenalkan kepada anda dua kawasan yang patut anda jejaki setelah sampai di China. Kawasan ini merupakan pusat pelancongan utama, malah sering dijadikan tempat tertumpu bagi agensi pelancongan. Antara tempatnya ialag Guilin dan Yangshuo.

GUILIN

Latar belakang: Guilin merupakan sebuah kawasan pedalaman bergunung-ganang yang terletak di bahagian selatan China. Guilin yang mempunyai penduduk sekitar 5 juta orang memiliki banyak tarikan terutama gunung-ganangnya yang bertaburan di seluruh wilayah tersebut selain Sungai Li dan gua-gua yang banyak terdapat di sekitarnya.

Aktiviti yang boleh anda lakukan:

  1. Mendaki gunung-ganang yang terdapat di wilayah yang berdekatan dengan wilayah Guangdong. KebanyakaN gunung ini berbentuk kon dan di dalamnya terdapat gua-gua yang mempunyai banyak stalagmit dalam pelbagai bentuk. Ramai pengunjung akan berasa takjub, misalnya apabila berada di dalam gua seperti di Crown Cave dan Silver Cave yang menyaksikan stalagmit membentuk pelbagai objek seperti manusia, binatang, sayur-sayuran dan bangunan.
  2. Disebabkan kedudukannya yang jauh dari bandar besar seperti Beijing dan Shanghai, maka terdapat juga banyak elemen kebudayaan seperti penempatan suku kaum orang asli Miao yang tinggal di Shangri-La Yangshuo. Suku kaum asli yang berkulit sawo matang dan raut wajah seperti orang Melayu itu ramai yang mendiami kawasan seperti di tasik, kaki gunung dan sungai yang terdapat di Yangshuo bersama cara hidup mereka yang masih primitif.

  1. Pengalaman paling sukar dilupakan oleh para pengunjung ialah apabila mereka dibawa menelusuri Sungai Li dengan menaiki kapal kecil. Sepanjang sejam perjalanan mereka akan melihat gunung-ganang di sepanjang sungai itu. Pemandangannya bukan sahaja indah tetapi ia sebagai salah satu pelengkap untuk melihat keindahan gunung-ganang berbentuk kon dari dekat. Ini kerana itu adalah tarikan dan identiti Guilin yang tidak ada di tempat lain.

 

YANGSHUO

Latar belakang:  Yangshuo merupakan tempat yang kecil di pinggir bandar Guilin, tapi walaupun tempat ini kecik ianya sangat terkenal dengan pelancong.

Aktivit yang boleh dijalankan sepanjang berada di Yangshuo

  1. Yangshuo merupakan kawasan luar bandar yang terkenal dengan pemandangan indahnya, dengan bukit bukau yang berbentuk unik dan kehidupan pertanian yang santai. Mengunjungi kawasan luar bandar Yangshuo memberi peluang yang baik kepada anda untuk mendekati alam semula jadi dan kehidupan sebenar di kawasan pedalaman China Selatan dengan diperkenalkan ke dalam rumah mereka.
  2. Di Yangshuo-Moon Hill-Longtan Village-Yangshuo aktivit yang paling popular bagi para pelancong ialah berbasikal. Anda boleh menyewa basikal dimana sahaja yang berhampiran dengan hotel, asrama, kedai dan lain-lain tempat. Anda boleh menerokai Sungai Yulong, seni bina purba, dan beberapa tanaman yang menarik yang tidak pernah anda lihat sebelumnya di sekitar kawasan Yangshuo.

  1. Melawati Jambatan Yangshuo-Aishan-Gongnong-Yangshuo. Anda akan boleh melihat sendiri kehidupan masayarakai Cina sebagai petani harian, bagaimana mereka menjalankan kerja dan jenis tanaman yang mereka tanam malah boleh jadikan sebagai pendidikan yang menyeronokkan.
  2. Rakit buluh di Sungai Yulong. Rakit buluh adalah cara klasik yang paling menarik untuk anda menyaksikan pemandangan negara Yangshuo.

  1. Menjelajahi sungai Yulong dengan berjalan kaki. Perjalanan bermula di Kampung Xiatang, anda boleh mengambil kereta untuk sampai ke sana, sebahagian besar perjalanan mendaki akan di sepanjang Sungai Yulong, dan sebahagian kecil perjalanan akan menjejaki kampung, jadi anda mendapat peluang untuk melihat kehidupan petani tempatan, jalan yang akan berakhir di Moon Hill.

Jadi bagaimana pendapat anda menarik bukan dua destinasi ini? Anda yang teringin ke dua lokasi ini jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej menarik. Malah pakej yang kami tawarkan sangat berbaloi anda tidak akan dapat di pakej pelancongan lain. Jika berminat boleh lihat pakej yang kami tawarkan dengan cara KLIK DISINI. Jika anda berminat dengan pakej yang di  tawarkan boleh terus hubungi kami dengan cara SILA KLIK.

Leave a Comment