Jelajahi Hatyai dan Songkhla secara solo

Muslimtravelbug July 3, 2018

Mungkin ada sudah biasa dengan tips untuk melancong ke Thailand. Tapi kali ini admin share tips untuk anda menjelajahi  secara sendirian di sempadan Thailand. Antara tipsnya adalah:-

Tukar Mata Wang

Pertukaran mata wang lebih menguntungkan jika ditukar di Hatyai mahupun Songkhla Thailand. Wang semasa bertarikh 3/7/17 RM1 = 8.12 Baht

HATYAI

Pengangkutan– Jika anda dari utara, boleh menaiki semua jenis pengangkutan awam. Sebagai contoh, Penang – Hatyai RM35 (Terminal Bas Sungai Nibong) atau lagi murah dengan menaiki KTM ke Hatyai . Untuk pembelian tiket bas, anda boleh terus menempah melalui online ke laman sesawang easybook / ticket bus online untuk pembelian. Kemungkinan tiket bas yang anda beli itu bukanlah bas yang sebenar tetapi adalah minivan.

Passport – Sewaktu perjalanan anda ke Hatyai, akan ada satu hentian rehat di mana minivan akan menurunkan anda semua dan perlu membayar RM2 untuk urusan passport.  Akan ada dua (2) immigration yang perlu anda lepasi. Pertama immigration Malaysia. Kedua immigration Thailand. Anda tidak perlu membayar apa-apa sebabnya anda telah membayar kepada driver mini van tadi untuk urusan passport.

*Bagi yang menaiki kereta secara sendirian mahupun keluarga, anda perlu membayar insurans perjalanan RM16 sewaktu di immigration.

Penginapan– Seperti kebiasaan anda boleh terus menempah melalui agoda, booking, hostelworld, trivago atau apa-apa medium lain untuk membandingkan harga-harga yang murah. Anda boleh menempah di hostelworld untuk penginapan sekitar RM23-RM50 satu malam. Cadangan admin kepada traveller solo, anda boleh menempah hostel yang disenaraikan di bawah sebagai pilihan yang terbaik berdasarkan rating, lokasi, kebersihan, nilai dan staff yang positif seperti berikut:

  • Hub Hatyai Hostel (RM50)
  • Hatyai Backpacker Hostel (RM23)
  • We Hatyai (RM34)
  • The Hive Hostel Hatyai (RM40)

Tempat menarik di Hatyai– Antara tempat menarik yang boleh dijelajah di Hatyai dengan walking distance adalah seperti Explore Lee Garden Plaza Centrepoint and Surround, Kimyong Market. Kim Yong Market, Greenway Market, HatYai Municipal Park dan banyak lagi.

SONGKHLA

Pengangkutan – Jika anda dari Hatyai, anda hanya perlu mencari Clock Tower Hatyai. Di situ, akan ada mini van yang akan beratur tunggu Q. Boleh terus naik mini van tersebut dan membayar 34 Baht sahaja untuk ke Songkhla. Jaraknya 50KM dengan perjalanan lebih kurang 40 minit. Setibanya anda di Songkhla, anda boleh menaiki moto taxi dengan bayaran sekitar 25 Baht – 30 Baht setiap perjalanan. Anda boleh menaiki moto taxi untuk ke Samila Beach.

Tempat menarik di Songkhla – Anda boleh menaiki kuda dengan harga 300 baht seorang. Air kelapa di Samila Beach sangat sedap, boleh cuba dengan 20 Baht secawan. Dari Samila Beach, anda boleh berjalan kaki sahaja ke Tangkuan Hills untuk melihat pemandangan dari atas Songkhla. Tangkuan Hills terletak hanya 700 meter sahaja dari Samila Beach. Ada dua (2) pilihan untuk anda sama ada memilih hiking atau menaiki lift dan kereta api yang telah tersedia dengan bayaran 30 Baht (Dewasa) dan 20 Baht (Kanak-Kanak). Dari Tangkuan Hills, anda boleh berjalan kaki sejauh 1 KM ke National Museum Songkhla atau membayar 20 Baht kepada moto taxi untuk ke sana. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam National Museum Songkhla. Percuma.

Makanan / Minuman – Anda boleh merasai beberapa makanan wajib ketika berada di Hatyai Thailand seperti berikut Aiskrim Kelapa 30-50 Baht, Tomyam Pot Tek (Seafood) 100 Baht, Pulut Mangga 50 Baht, Pad Thai 50 Baht, Chok Dee Dimsum, Udang (Night Market) 250-300 Baht Seekor dan pelbagai lagi.

Massage– Harga standard bagi massage adalah seperti berikut Foot Massage 200-250 Baht, Body Oil Massage 250-400 Baht, Body Thai Massage 200-300 Baht dan Face Massage 200-250 Baht.

Jadi bagaimana pendapat anda? Seronok tak bercuti di Hatyai dan Songkhla? Bagi admin Thailand merupakan destinasi yang wajib anda jejaki kerana pelbagai tarikan dan keistimewaan yang anda tidak tahu. Jika anda inginkan pelbagai lagi tips menarik untuk melancong ke Thailand boleh klik di sini “TIPS TRAVEL”.

Ingin bercuti tiada travel agensi yang menarik anda boleh membuat tempahan segera dengan kami Muslimtravelbug. Jika berminat boleh hubungi kami dengan KLIK DISINI.

 

Leave a Comment