fbpx

Keindahan kepulauan Phi Phi  menjadi tarikan pelancongan di Thailand

Muslimtravelbug May 7, 2018

Bagi anda yang suka bercuti di pulau-pulau tapi pening untuk membuat pilihan, mungkin anda boleh memilih bercuti ke pulau Phi Phi.  Kepulauan ini terdiri dari enam pulau dengan pulau terbesar Phi Phi Don iaitu Koh Peepeedon, Koh Peepeele, Koh Pidahnai, Koh Pidahnook, Koh Yung, dan Koh Mai-Pai.

Malah pulau ini juga pernah dijadikan tempat pergambaran filem “The Beach” yang dibintangi Lenardo Di Caprio. Dalam filem tersebut menunjukan keindahan pulau ini seakan-akan syurga membuatkan setiap orang yang melihatnya  ingin berkunjung ke sana.

5 perkara yang anda boleh lakukan semasa di pulau Phi Phi:

Bersantai di tepi pantai Phi Phi

Keindahan persekitaran di tepi pantai Phi Phi Don ini akan membuat anda akan melupakan tekanan kerja dan admin jamin 100% anda dapat melupakan segala tekanan yang ada di benak fikiran buat seketika. Anda juga boleh  menghabiskan waktu di pantai untuk menyelam, tumbuh-tumbuhan air, dan binatang laut.

Mendaki di pulau Phi Phi

Pulau Phi Phi juga terdapat bukit batu yang berlapis-lapis dan di dalamnya terdapat gua yang memiliki stalaktit dan stalagmit yang indah. Bagi anda yang suka akan aktiviti lasak  boleh menyertai aktiviti ‘hiking’ yang disediakan oleh menjaga pulau tersebut. Anda boleh menyaksikan matahari terbenam dengan lebih jelas lagi apabila berada di atas gunung.

Menyaksikan pertarungan Muay Thai

Bagi anda yang suka melihat pertarungan tenaga bolehlah menyaksikan Muay Thai secara langsung di Reggae Bar . Biasanya, pertandingan Muay Thai akan diadakan pada waktu malam dan terbuka kepada semua pengunjung. Pada awal persembahan pihak hotel akan meletakkan dua peserta untuk bertanding kemudian akan dibuka kepada semua pengunjung, malah ada peserta dalam kalangan wanita.

Berkayak dan snorkeling di pulau Phi Phi

Anda boleh menikmati persekitaran dengan melakukan aktiviti berkayak. Anda boleh menerokai kawasan berdekatan  pulau Phi Phi dengan menaiki kayak.

Selain itu, anda juga boleh menerokai perairan dengan melakukan snorkeling di Hi Klang. Terdapat pelbagai hidupan yang menarik anda boleh terokai antaranya seperti terumbu karang, nemo, shark dan lain-lain lagi.

Melawat Viking Cave

Menyaksikan gua yang unik sukar dilihat di kawasan lain. Bagi anda yang suka berselfie memang elok ke Viking Cave kerana terdapat pelbagai keunikan yang akan anda peroleh. Selain itu, terdapat juga lukisan purba orang dulu kala yang jarang kelihatan.

Setelah mendapat tips semasa berada di pulau Phi Phi, apa tunggu lagi pastikan percutian anda kali ini ke pulau yang menarik ini. Jika anda ingin berkunjung ke Pulau Phi Phi pastikan anda memilih pakej murah seperti yang ditawarkan di Muslimtravelbug.

Tempah sekarang di pakej ke Thailand . Nikmati percutian ke Thailand dengan melawati pulau-pulau yang popular dengan tawaran menarik yang kami sediakan.

 

Leave a Comment