Kereta api berkelajuan tinggi bertemakan Hello Kitty mula beroperasi di Jepun. Ini merupakan kedua kalinya kereta api yang dilancarkan menggunakan konsep animasi di Jepun. Pada tahun 2015, Syarikat Kereta Api Jepun Barat melancarkan kereta api peluru bertemakan Harry Potter “Hogwarts Express” yang beroperasi antara Osaka ke Kagoshima di barat Jepun.
Pelancaran kereta api ini diadakan pada bulan Jun lalu, terdapat ratusan peminat karakter kartun mengunjunginya.
Pelancong juga boleh bergambar dengan anak patung “life-sized” (bersaiz besar) yang ada di setiap sudut kereta api ini. Antara barangan yang turut di hiasi anda boleh lihat video di bawah.
Bukan sekadar kereta api itu yang dihiasi dengan tema Hello Kitty, konduktor tren tersebut juga mengenakan pakaian Hello Kitty, siap dengan riben merah jambu melambai ke arah sekitar 400 tetamu.
Shinkansen atau kereta api berkelajuan tinggi berwarna putih dan merah jambu berlepas dari stesen Hakata di Fukuoka ke Osaka.
Tren tersebut akan beroperasi selama tiga bulan antara bandar-bandar di Osaka dan Fukuoka dan syarikat yang mengendalikan kereta api itu berharap pendekatan tersebut dapat menggalakkan lagi industri pelancongan di Jepun.
Jadi bagi anda yang rancang untuk melancong ke Jepun bolehlah cuba menaiki kereta api Hello Kitty ini. Jika anda teringin ke Jepun tetapi masih tercari-cari agensi pelancongan anda boleh membuat tempahan segera dengan kami Muslimtravelbug. Apa tunggu lagi segera hubungi kami KLIK DISINI.
Kredit: https://www.theguardian.com/world/2018/jul/01/fast-feline-hello-kitty-bullet-train-debuts-in-japan