fbpx

Kerusi berdiri bagi penumpang penerbangan tambang murah akan dilancarkan tidak lama lagi

Muslimtravelbug May 7, 2018

Sebuah syarikat penerbangan tambang murah Airliners Interiors Expo di Italia  akan melancarkan pakej Skyrider 2.0 dimana penumpang perlu berdiri semasa penerbangan. Rekaan ini telah dikeluarkan oleh Aviointeriors yang dapat mengurangkan kos perjalanan dan tempat duduk yang membolehkan penumpang lebih ramai.

Kelebihan Skyrider 2.0:

  • Dapat menambah penumpang sebanyak 20% lebih ramai daripada pesawat biasa dan tambangnya akan lagi murah berbanding tambang pesawat biasa.
  • Kelebihan kerusinya yang lebih ringan dengan beratnya kurang 50% daripada kelas ekonomi biasa.
  • Syarikat penerbangan boleh mengurangkan kos bahan api dan penyelenggaraan, dan berpotensi menawarkan pakej penerbangan pada harga yang lebih murah.
  • Konsepnya Skyriders adalah “sempadan baru bagi tiket kos rendah dan pengalaman penumpang,” dan sementara ia kelihatan seperti transformasi baru bagi syarikat penerbangan.
  • Syarikat Aviointeriors menyatakan pakej Skyriders 2.0 sangat selesa bagi perjalanan jangka masa pendek(90 minit). Mereka berpendapat pakej ini juga sesuai digunakan oleh golongan tua dan kanak-kanak.”

Namun begitu, rekaan ini di kecam oleh penggunaan laman sosial, dimana mereka menganggap penerbangan ini membahayakan penumpang dan tidak selamat untuk dinaiki. Oleh itu, Skyrider 2.0 masih dalam perbincangan untuk dilancarkan oleh pihak  Airliners Interiors Expo  kerana pihaknya juga masih mengambil kira pandangan orang ramai. Bagi pandangan anda patutkan Skyrider dilancarkan untuk meningkatkan pembaharuan dalam pakej penerbangan tambang murah?

Leave a Comment