KORLA merupakan ibu kota Wilayah Autonomi Bayingolin Mongolia, terletak di atas padang pasir kedua terbesar di dunia, Korla pernah menjadi laluan sutera yang melahirkan budaya barat. Tempat ini adalah taman tema di atas bukit Longshan yang asalnya gondol tetapi ditanam pelbagai pokok seperti populous dan red pillow. Korla amat sesuai untuk dijadikan kawasan pelancongan dan pertanian walaupun kawasannya padang pasir.
Antara pertanian utama yang di jalankan: Tanaman utama di Korla ialah pokok pir malah tanaman ini menghijau seluas 64.7 hektar dijalankan sejak 1994. Korla subur walaupun bandar ini terletak di atas padang pasir kerana kebun buah hidup segar dan menghasilkan tanaman bermutu selain manis rasanya.
Justeru, tidak hairan bandar ini juga digelar sebagai bandar pir dan buah di sini menjadi hidangan wajib ada di atas meja makan hotel atau bilik untuk tetamu, selain anggur dan pisang. Pokok pir hidup subur kerana faktor cuaca, selain menerima cahaya matahari yang lama serta jenis tanah yang kaya mineral.
Menyusuri sungai dengan bot berhias : Keindahan bandar Korla terserlah di sebelah malam dengan menyusuri Sungai Peacock yang dibina sepanjang 10 kilometer dengan bot hiasan diukir cantik boleh memuatkan kira-kira 30 penumpang. Sepanjang sungai, pengunjung berpeluang menyaksikan keindahan lampu berwarna-warni yang menghiasi bangunan.
Tebing sungai dilengkapi empat taman dan lima jambatan serta pokok bunga lili sepanjang laluan pejalan kaki menjadi tempat tumpuan pelancong mahupun penduduk tempatan, menjadikan gurun dalam suasana taman.
Waktu operasi bot: 9.30 hingga 11 malam -> Harga tiket – RM18 (RMB30)
Kesimpulannya, Korla adalah tempat yang ideal untuk menerokai dan mengembara, yang menampilkan banyak peninggalan budaya, tempat bersejarah dan tarikan alam semula jadi, seperti Rumput Bayanbulak, Tasik Bosten, koridor hijau – Sungai Tarim, Gurun Taklamakan, dan sebagainya, yang mewakili landskap tipikal Xinjiang. Adalah di nasihatkan bagi mereka yang berminat dengan arkeologi untuk pergi ke Loulan, Ruoqiang, atau lebih jauh ke Niya, di mana terdapat banyak tapak bersejarah.
Jika anda berminat untuk China menggunakan travel agensi jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej dan harga terbaik kepada anda. Jika berminat boleh klik di sini.