skip to Main Content
Lapangan Terbang Paling Canggih Di Dunia Berada Di  Korea Selatan

Lapangan terbang paling canggih di dunia berada di Korea Selatan

Lapangan terbang Antarabangsa Incheon merupakan lapangan terbang paling elit di dunia. Kedudukannya yang strategik terletak di sebuah pulau tidak jauh dari ibu kota Korea Selatan. Kedudukannya juga telah diiktiraf oleh Airports Council Internasional sejak tahun 2005 malah turut dinilai sebagai airport paling bersih dan perkhidmatan terbaik. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang ke-24 tersibuk di dunia. Jika anda ke Korea Selatan sudah pasti lapangan terbang ini yang akan anda jejak terlebih dahulu. Jadi apa yang membuatkannya begitu hebat?

1. Mandi percuma untuk penumpang transit.

Jika anda telah menghabiskan 14 jam dalam perjalanan dari Chicago ke Korea Selatan dan masih ingin terbang ke destinasi lain, menjadikan airport Incheon sebagai tempat persingahan anda boleh membersihkan diri di sini kerana airport ini ada menyediakan tempat mandi.

Anda akan disediakan tuala kecil berserta peratan mandi yang cukup untuk anda menyegarkan badan. Kemudahan yang cukup seperti sink, tandas dan almari pakaian turut disediakan.

2. WiFi percuma.

Lapangan terbang ini juga mempunyai kemudahan Wifi untuk anda akses internet atau berkomunikasi dengan kenalan. Kadar internet yang sangat laju dan memuaskan, kalau tidak percaya anda boleh ke sana untuk merasainya sendiri.

3. Tempat istirahat

 Di tingkat 3 dan 4, anda boleh berehat di kawasan yang turut menyediakan kerusi berbaring dan kerusi urut percuma. Malah anda boleh tidur dengan nyenyak tanpa diganggu sesiapa.  Anda boleh jadikan airport ini sebagai tempat persingahan. Daripada anda membazir duit menyewa hotel untuk melawat kuil Yonggungsa atau mana-mana kawasan berdekatan airport ada lebih baik anda berehat sekejap di airport ini sahaja. Sebelum pulang ke Malaysia ada lebih baik anda mandi dan makan di lapangan terbang Antarabangsa Incheon sahaja.

4. Perkhidmatan spa dan salun.

Jika anda ingin ke spa atau salun turut ada disediakan kepada anda yang suka membuat rawatan terapi ini. Anda juga turut disediakan rawatan massage, potong rambut, penjagaan kuku dan lain-lain.

5. Hiburan

Terdapat tarian dan muzik budaya tradisional yang ditampilkan melalui  persembahan secara langsung.

Mereka juga akan memberi sagu hati kepada anda untuk dibawa pulang. Malah disana terdapat Muzium atifak yang berusia 5000 tahun dahulu. Terdapat juga kedai makanan dan minuman yang menyediakan makanan tradisional Korea ke Taco Bell.

Agak-agak anda lapangan terbang kita berada di kedudukan ke berapa? Pada tahun lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersenarai kedudukan ke 34 terbaik di dunia. Mungkin tahun ini sudah meningkat. Jadi untuk melihat sendiri perbezaan antara kedua-dua lapangan terbang ini anda boleh ke Korea Selatan sendiri untuk merasainya.

Jika anda berminat untuk ke Korea boleh membuat tempahan di Muslimtravelbug. Tempah segera di Pakej Murah Percutian ke Korea.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.