fbpx

Melancong secara solo di Bali, Indonesia

Muslimtravelbug June 29, 2018

BALI merupakan pusat pelancongan yang sangat popular di Indonesia. Bali juga merupakan tempat yang wajib anda pergi setelah jejak kaki ke Indonesia. Tapi sebelum anda ingin melangkah kaki ke Bali, anda perlu mengetahui beberapa hal untuk memastikan percutian anda lebih seronok dan tidak ada sebarang gangguan. Antara perkara yang wajib anda alert ialah:

1) Cuaca

Kenapa saya sebut cuaca di sini kerana Bali merupakan sebuah pulau dan semestinya cuaca amat penting untuk di titik beratkan. Sekiranya hujan lebat atau tidak berhenti, aktiviti sepanjang di pulau akan tergendala terutamanya melibatkan air. Selain itu, aktivit untuk berselfie juga tidak boleh di jalankan kerana akan mengganggu gambar outdoor korang. Jadi admin syorkan anda pergi pada awal dan tengah bulan elakkan pada bulan November dan ke atas.

2) Penginapan dan Pengangkutan

Dalam aspek penginapan admin cadangkan anda sewa hostel atau motel untuk lebih jimat (boleh download aplikasi tempahan hotel seperti Trivago dan lain-lain). Manakala pengangkutan pula anda boleh menyewa motorsikal sahaja. Jika anda menyewa motorsikal anda bebas untuk kemana sahaja dan tidak ada kekangan masa malah tidak terlibat dengan trafik jam yang teruk. Hal ini amat berbeza bila anda pergi bersama agensi pelancongan kerana anda terpaksa mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana kekangan masa.

3) Makanan dan Cenderamata

Bila berada di Bali anda tidak perlu risau mengenai makanan kerana sememangnya kebanyakan kedai di sana makanan halal. Jadi anda boleh memilih di mana kedai sekali pun. Jika nak lebih jimat beli makanan “street food”. Soal cenderamata pula, admin cadangkan anda beli di kedai Krisna kerana ianya lebih murah berbanding kedai lain dan terdapat pelbagai barangan yang anda inginkan.

4) Tempat wajib pergi.

Ini merupakan tempat-tempat tumpuan pelancong yang sangat mainstream seperti Tanah Lot, Uluwatu Kechak Dance, Air Terjun Tegenungan, Pantai Pandawa, Tirta Empul dan Garuda Wishnu Kencana. Tak dinafikan, tempat-tempat ini memang cantik, menarik dan wajib dikunjungi kalau ke Bali.

Kesimpulannya, melancong secara solo sememangnya menyeronokkan tetapi akan bosan kerana anda tidak ada teman untuk berbicara. Jadi admin tidak menggalakkan tetapi terpulang kepada anda. Namun begitu, jika anda takut untuk travel secara solo jangan risau kami Muslimtravelbug ada menyediakan pakej menarik kepada anda untuk Bali. Jika berminat boleh hubungi kami KLIK SINI. Jika anda inginkan jadual perjalanan kami boleh lihat di sini.

Leave a Comment