Plover Cove Country Park terletak di Hong Kong. Tarikan Plover Cove Country Park adalah bila anda berada di sana, anda seolah-olah terperangkap dalam zaman dahulu kala. Hal ini kerana tempat ini dikelilingi perkampungan Hakka yang berabad usianya dengan nama-nama yang eksotik, kisah-kisah dongeng yang menarik, sungai yang mempesonakan, kawasan air terjun yang dikenali sebagai Bride’s Pool, pokok-pokok buluh dan banyak lagi; semua keistimewaan alam semula jadi dan warisan ini dekat saja dengan bandar raya Hong Kong, namun anda akan berasa seperti beribu batu jauh darinya. Menarik bukan? Jadi admin kongsi untuk anda menerokai Plover Cove Country Park.
Cara untuk ke Bride’s Pool: Jalan kaki dari MTR Tai Po Market Station, ambil Exit B ke Tai Po Market Station Public Minibus Terminus. Dari sana, naik bas mini 20R selama kira-kira 40 minit menuju ke Bride’s Pool Nature Trail di Bride’s Pool Road; atau dari Tai Po Market Station Bus Terminus, naik bas 275R ke Bride’s Pool Bus Terminus pada hari Ahad dan cuti umum.
Tempat bermula – Bride’s Pool. Mulakan perjalanan anda dari Bride’s Pool Nature Trail. Ikuti laluan yang menyusuri sungai hingga sampai ke air terjun. Menurut legenda, seorang pengantin perempuan telah melalui kawasan ini dalam perjalanannya untuk bertemu dengan pengantin lelaki, namun salah seorang pembawa tandunya telah tergelincir. Pengantin tersebut jatuh ke dalam sungai dan dibawa arus sehingga ke air terjun dan lemas dalam pakaian perkahwinannya yang berat dan penuh hiasan. Kolam ini kemudian dinamakan sempena memperingati nasib pengantin tersebut yang sungguh tragik.
Hentian kedua – Wu Kau Tang Village. Teruskan perjalanan di laluan yang dikelilingi pokok-pokok buluh, sarang labah-labah yang cantik dan anak sungai yang mengalir tenang. ‘Wu Kau Tang’ bermaksud “naga hitam beterbangan” dalam bahasa Cina, sejenis eufemisme untuk kura-kura yang sangat banyak di kawasan ini apabila orang Hakka mula tinggal di sini semasa Dinasti Qing pada tahun 1644-1911.
Hentian ketiga – Lai Sam Ancient Trail. Ikuti laluan yang digunakan oleh penduduk untuk berulang-alik dari perkampungan Wu Kau Tang dan Sam A melalui Lai Tau Shek beberapa abad lalu. Nikmati keindahan Sam A Wan, sebuah teluk yang bersambung dengan Double Haven, apabila anda sampai ke Lai Tau Shek.
Hentian keempat – Sam A Village. ‘Sam A’ bermaksud cangkuk serampang tiga dalam bahasa Kantonis yang merujuk kepada bentuk muka bumi teluk tersebut. Perkampungan yang sunyi ini berlatar belakangkan bukit-bukau yang kelihatan hijau gelap dengan tasik yang sangat jernih di hadapannya. Rumah teh di perkampungan ini dimiliki oleh pasangan warga emas yang menyajikan masakan Hakka pada hari minggu dan cuti umum. Pada hari biasa, mereka menjual mi, snek dan minuman.
Tempat berakhir – Lai Chi Wo. Ikuti petunjuk arah dan teruskan pendakian selama kira-kira 45 minit menuju ke Lai Chi Wo, yang bermaksud ‘suak Laici’ dalam bahasa Cina. Naiki tangga di pintu masuk perkampungan ini untuk menikmati pemandangannya. Lai Chi Wo menempatkan sebuah perkampungan Hakka yang telah dibuka 400 tahun lalu, dan telah dinobatkan sebagai Site of Special Science Interest (SSSI). Hutan feng shui di belakang perkampungan ini menyimpan pelbagai khazanah alam untuk kajian ekologi. Di sepanjang Lai Chi Wo Nature Trail, anda akan menemui pelbagai tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan kecil yang menarik.
Kesimpulannya, Plover Cove Country Park merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Hong Kong, malah ada pengarang melakukan penggambaran di sana. Suasananya yang agak berbeza dengan kawasan lain menyebabkan ianya menjadi kawasannya lagi unik. Jadi apa tunggu lagi masukan dentinasi ini sebagai tempat wajib pergi.
Jika anda ingin ke Hong Kong dengan menggunakan travel agensi boleh membuat tempahan dengan kami Muslimtravelbug. Apa tunggu lagi segera hubungi dengan cara KLIK DISINI.