Thailand merupakan salah satu negara yang menjadi kunjungan para pelancong. Malah jutaan pelancong yang berkunjung ke sana pada setiap tahun. Oleh itu, admin memperkenalkan tempat-tempat yang menarik terdapat di Hua Hin.
1. Bluport Shopping Mall
Bluport Shopping Mall merupakan pusat membeli-belah yang unik untuk anda yang gemar berbelanja. Dengan terdapat lebih 1,000 kedai yang ada. Menggabungkan idea-idea di sebalik bandar-bandar peranginan terbaik di seluruh dunia, anda akan dapat membeli-belah dengan mudah dikelilingi oleh suasana sangat sejuk.
Lokasi : 8/89 Tambon Nong Kae, Amphoe Hua Hin, Chang Wat Prachuap Khiri Khan 77110, Thailand
Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis pukul 10 pagi hingga 9 malam manakala Jumaat dan Sabtu 10 pagi hingga 10 malam.
2. Seenspace
Pernahkah anda telah mendengar hotel atau shopping mall di tepi pantai. Kini anda boleh merasai mall di tepi pantai! Seenspace adalah pusat membeli-belah di tepi pantai yang menghala ke pasir, jadi anda boleh teruskan untuk berehat selepas penat membeli belah sepanjang hari.
Lokasi: 13/14 Hua Hin 35, Hua Hin, Daerah Hua Hin, Prachuap Khiri Khan 77110, Thailand
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, pada pukul 11 pagi hingga 9 malam, Sabtu pukul 12 malam hingga 10 malam dan Ahad 10 pagi hingga 10 malam
3. Dusit Thani Hotel and Spa
Spa untuk anda memanjakan diri dan menenangkan fikiran turut di sediakan di Dusit Thani Hotel. Malah hotel ini pernah didiami oleh keluarga kerabat diraja di Thailand. Apabila memasuki spa, anda akan disambut dengan aroma frangipani yang halus dari pokok-pokok di sekeliling spa. Dengan kegemaran spa yang terdiri daripada rawatan muka, manikur dan pedikur serta urut.
Lokasi: 1349 Phet Kasem Rd, Tambon Cha-Am, Amphoe Cha-Am, Chang Wat Phetchaburi 76120, Thailand
4. Camel Republic
Taman tema khas untuk membawa kanak-kanak di dalam Republik Camel. Taman ini juga sesuai bagi mereka yang pencinta haiwan kerana terdapat pelbagai habitat karnivor. Anda juga dibenarkan untuk memberi makan unta dan kambing jika anda suka.
Lokasi: 456 Moo 2, Khao Yai, Cha-Am, Phetchaburi 76120
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis, pada pukul 10 pagi hingga 6 petang; Jumaat hingga Ahad pada pukul 9 pagi hingga 9 malam.
5. Hua Hin Railway Station
Tempat bersejarah untuk wawasan mengenai kebudayaan Thailand anda boleh saksikan di Hua Hin Railway Station. Kawasan ini dibina pada tahun 1910 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini.
Di samping prasarana Victoria terdapat satu bilik menunggu khas buat diraja, yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan Raja Thailand dan para pengerusinya ketika mereka melawat Hua Hin. Lihatlah perpustakaan tersembunyi yang terletak di luar stesen.
Lokasi: Phra Pokklao Road, Kecamatan Hua Hin, Daerah Hua Hin, Prachuap Khiri Khan
Waktu operasi: 24 jam
Hua Hin merupakan salah satu pusat pelancongan yang sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan pelancong. Malah rugi sekiranya anda ke Thailand tetapi tidak mengunjungi tempat-tempat ini.
Jika anda berminat untuk ke Thailand boleh membuat tempahan segera dengan kami Muslimtravelbug. Sekiranya, berminat boleh klik DISINI.