skip to Main Content
Notis Terkini : MAKLUMBALAS PENERBANGAN KE KOREA CUTI SEKOLAH (SESI MARCH 2020)

Tarikh : 28 Feb 2020

Muslimtravelbug sedia maklum bahawa keadaan di Korea adalah dalam keadaan tidak disarankan untuk dikunjungi dan sentiasa mengawasi keadaan terkini untuk memastikan keselamatan peserta.

Pihak kami telah berhubung dengan pihak penerbangan untuk proses pembatalan namun masih tiada pengumuman pembatalan dibuat setakat hari ini. Segala Urusan Penerbangan, Hotel, Pengangkutan serta lain-lain telah diselesaikan dan dibayar lebih awal mengikut jadual.

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa syarikat telah cuba mendapatkan refund sebanyak mana yang boleh dari Pihak Penerbangan serta di Korea. Refund ini adalah atas dasar budibicara pihak-pihak di korea dan diluar kuasa kami.

Oleh sebab yang sedemikian, pihak syarikat ingin menjalankan sesi maklumbalas pembatalan (sekiranya ada). Bagi peserta yang terlibat anda mempunyai pilihan tersebut :

1. Meneruskan perjalanan atas risiko sendiri.
2. Membatalkan tempahan dengan kadar pulangan atas budibicara pembekal (refund RM1470 dewasa).
3. Memindahkan tarikh anda ke DECEMBER 2020 dengan menggunakan kos rm1470. Anda perlu membuat tambahan baki dan syarikat kami akan memberikan potongan sebanyak RM300 seorang.

Anda dipinta untuk memberi maklumbalas pilihan 1,2 atau 3 sebelum ISNIN 2 march 2020 melalui email [email protected]

Selain itu, sekiranya tiket penerbangan dikembalikan setelah berlaku pembatalan, pihak kami berbesar hati untuk membantu dan akan memulangkan baki tiket namun hanya selepas wang tersebut masuk ke akaun kami. Pemulangan juga bergantung kepada polisi dan jenis refund yang akan ditawarkan oleh syarikat penerbangan.

Pihak pengurusan juga turut merasa duka cita akan perkara diatas, dan kami mendoakan agar
para pelanggan kami sentiasa dilindungi dari sebarang musibah dan penyakit berjangkit.
Semoga Allah sentiasa melindungi tuan/puan seisi keluarga.

Sebarang perkara sila berhubung dengan sales anda ataupun syarikat kami 03 95441442 (9.00am-5.30pm Isnin-Jumaat)

Notis Terkini : Pembatalan Penerbangan Seoul [Sesi March 2020]

Tarikh : 23 Feb 2020

Berdasarkan kemaskini daripada syarikat Penerbangan, Kami telah menerima pengesahan daripada syarikat penerbangan bahawa pelepasan ke Seoul & Jeju termasuk dalam senarai “Capacity Management” dan terdapat beberapa siri pelepasan yang akan terlibat dari tarikh 2 March sehingga 19 March 2020

Pelepasan pada tarikh-tarikh tersebut telah terlibat dengan perkara-perkara berikut dan perlu diberi perhatian segera

DESTINASI & PAKEJ TARIKH PELEPASAN TINDAKAN
5H4M KOREA CUTI SEKOLAH 17 MARCH 2020 Dibatalkan Syarikat Penerbangan
5H4M KOREA CUTI SEKOLAH 19 MARCH 2020 Dibatalkan Syarikat Penerbangan

Kepada pelanggan yang terlibat dengan senarai diatas, anda akan dihubungi oleh pihak Muslimtravelbug untuk pengesahan berita tersebut. Proses pembatalan akan tertakluk kepada Terma & Syarat syarikat. Pegawai Khidmat Pelanggan kami akan berhubung dengan anda untuk memaklumkan pilihan pembatalan yang ada.

Untuk Pelanggan yang tidak terlibat dengan senarai diatas, pelepasan akan diteruskan seperti biasa.

Syarikat Muslimtravelbug amat mementingkan keselamatan pelanggan kami dan sentiasa mengikut perkembangan daripada Wisma Putra serta kemaskini daripada syarikat penerbangan mahupun daripada negara-negara yang terlibat dengan tarikh pelepasan kami.

Muslimtravelbug akan terus memerhati dan memastikan pelanggan-pelanggan terlibat mendapat kemaskini terkini. Sekiranya terdapat apa-apa soalan, anda boleh berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami pada waktu pejabat.