HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – TRANSIT MUSCAT (MOB) – ISTANBUL (MM)
Berkumpul 4 jam sebelum berlepas di lapangan terbang KLIA dan semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke Turki oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA melalui Muscat. Setiba di lapangan terbang Istanbul, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 2: ISTANBUL – BURSA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan lawatan ke Masjid terbesar di Turki, Camlica Mosque. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Bursa dan merasai keenakan manisan di Candy & Turkish Delight Shop. Peserta akan dibawa melawat ke Grand Mosque – Ulu Camii dan Koza Han Silk Bazaar. Makan malam dan bermalam di Bursa.
HARI 3: BURSA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Setelah sarapan, peserta akan meneruskan perjalanan ke Pamukkale dan dibawa melawat dan menerokai Antique City of Hierapolis & Cotton Castle. Disni peserta dapat melihat Byzantine Gate, Roman Theatre, Antique Pool dan Thermal Pool – Cotton Castle. Peserta akan dibawa untuk membeli belah di Cotton Textile Factory. Makan malam dan bermalam di Pamukkale.
HARI 4: PAMUKKALE – ISPARTA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia melalui Isparta. Peserta akan dibawa untuk bergambar di Lavender & Rose Farm Village (Sekiranya dibuka pada bulan Mei – Julai). Meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.
HARI 5: CAPPADOCIA (SP/MT/MMT)
Setelah sarapam, peserta akan memulakan lawatan penuh di Cappadocia. Melawat Onyx Shop, Turkish handmade Carpet Factory dan Pottery Shop. Peserta juga dapat menikmati keindahan Panoramic Open View, Pigeon Valley, Camel Rock, Mushroom Valley dan Esentepe Hills. Makan malam dan bermalam di Cappadocia. Optional Hot Air Balloon.
HARI 6: CAPPADOCIA – ANKARA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat ke Underground Cities dan meneruskan perjalanan ke Ankara. Didalam perjalanan, peserta akan berhenti di Salt Lake untuk bergambar. Tiba di Ankara, peserta akan melawat Mausoleum of Ataturk. Sekiranya terdapat masa lebih, peserta dapat melawat Palace of President Republic of Turkey. Makan malam dan bermalam di Ankara.
HARI 7: ANKARA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Setelah sarapan pagi, peserta akan melawat Lake Sapanca di Izmit untuk bergambar dan meneruskan perjalanan ke Istanbul. Peserta akan dibawa untuk mengharungi Marmara Sea by ferryboat, Bosphorus Cruise. Peserta akan dibawa membeli belah berdekatan dengan Spice Bazaar dan Leather Fashion Showroom dan membeli pakaian kulit yang berkualiti. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 8: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan lawatan penuh di Old City of Istanbul termasuk Blue Mosque dan Hagia Sophia Mosque. Peserta akan dibawa untuk bergambar dihadapan Topkapi Palace. Seterusnya peserta akan dibawa membeli belah di Grand Bazaar, pusat membeli belas yang berusia 500 tahun. Makan malam dan terus ke lapangan terbang 4 jam sebelum pelepasan.
HARI 09: KLIA (MOB)
Anda selamat sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur.