fbpx

7H5M Lagenda Hobbit Di New Zealand Utara

Bermula RM10679/pax
  • 7 Hari 5 Malam
  • Hotel 3 Bintang
  • Malaysia Airlines
  • 15 Seat

Jadual Perjalanan

  •  HARI 1: KUALA LUMPUR – SINGAPORE – MELBOURNE – AUCKLAND (MDK)

    Berlepas dari Kuala Lumpur ke Auckland dengan menggunakan Qantas Airline melalui Singapore (transit di Lapangan Terbang Changi). Transit seterusnya adalah di Melbourne sebelum meneruskan perjalanan ke Auckland.
  • HARI 2: AUCKLAND (MT /MM)

    Sebaik tiba di lapangan terbang Auckland, anda akan di sambut oleh pemandu pelancong kami. Aktiviti bebas dan daftar masuk hotel. Bermalan di Auckland.
  • HARI 3: AUCKLAND – MATAMATA – ROTORUA (SP/MT/MM)

    Sarapan pagi di hotel, terus menuju ke Matamata di mana anda akan dapat melihat tempat penggambaran filem Hobbiton dan juga Lord of The Rings Trilogy iaitu The Shire, dimana satu perkampungan manusia kerdil. Pemandu pelancong akan membawa anda meneroka ke setiap sudut di dalam perkampungan itu dan menerangkan tentang filem tersebut dengan lebih terperinci lagi. Makan tengahari dan teruskan lawatan ke Rotorua, salah satu aktiviti geoterma yang paling aktif di dunia. Makan malam dan bermalam di Rotorua.
  • HARI 4: ROTORUA (SP/MT/MM)

    Sarapan di hotel, mulakan lawatan ke Agrodome Farm Tour. Saksikan pertunjukan haiwan Show Pack yang terdiri dari alpaca, kambing biri-biri, burung unta dan pelbagai jenis haiwan di nurseri. Rasai jus buah kiwi, madu dan berjalan mengelilingi dusun. Kemudian terus ke Skyline Gondola Rotorua. Anda akan menaiki kabin Gondola dan menikmati pemandangan Tasik Rotorua yang menakjubkan. Makan tengahari dan berjalan-jalan di Government GardenLake Rotorua dan kawasan sekitarnya. Lawati Thermal Wonderland Wai-O-Tapu. Daya tarikan geoterma yang berwarna-warni di New Zealand. Makan malam dan kembali ke hotel. Bermalam di Rotorua. (N3)
  • HARI 5: ROTORUA – TAUPO (SP/MT/MM)

    Sarapan pagi dan terus ke Whakarewarewa Maori Village bagi menikmati Pertunjukkan Kebudayaan Maori dan tarian Hangi tradisional. Kemudian melawat Huka Falls dan Waikato River yang berwarna biru kerana air yang jernih mencerminkan cahaya biru. Selepas makan tengah hari, bersiar-siar di Taupo, sebuah bandar berhampiran pusat New Zealand, Lake Taupo adalah tasik terbesar di New Zealand. Ia menyediakan taman permainan yang menarik untuk aktiviti sukan air dan pengembaraan. Makan malam dan bermalam di Taupo. (N4)
  • HARI 6: TAUPO – HAMILTON – AUCKLAND (SP/MT/MM)

    Sarapan pagi di hotel, anda akan terus ke Hamilton (2 jam). Bandar Hamilton terletak di tebing Sungai Waikato yang terkenal dengan jalan, taman, kafe dan kehidupan malamnya. Meneruskan perjalanan ke Masjid Hamilton. Luangkan masa beberapa jam menjelajah bandar ini. Makan tengahari dan terus ke Auckland (2 jam). Makan malam dan bermalam di Auckland. (N5)
  • HARI 7: AUCKLAND – MELBOURNE – SINGAPURA – KUALA LUMPUR (MDK)

    Anda akan dibawa ke Lapangan Terbang Auckland pada awal pagi. Berangkat dari Auckland dan transit di Melbourne sebelum terbang ke Singapura untuk transit. Terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan tiba pada jam 2040.

Termasuk:

  • Penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk 30kg bagasi dan 7kg bagasi kabin seorang.
  • Penginapan 5 malam di North Island – Motel/Apartment beserta sarapan pagi.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Makanan halal seperti yang dinyatakan dalam pakej
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas pelancong
  • Diiringi oleh pemandu pelancong yang terlatih dan professional

Tidak Termasuk:

  • Bayaran masuk selain daripada yang dinyatakan di dalam jadual perjalanan
  • Perbelanjaan peribadi seperti makan, minum yang tidak dinyatakan dalam aturcara, saguhati, dobi dan lain-lain.
  • Insuran Pelancongan
  • Urusan visa untuk peserta bukan warga Malaysia.
  • Caj tambahan untuk bagasi yang lebih muatan (Kapal terbang)
  • Lain-lain selain daripada yang dinyatakan di dalam itinari

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM3000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Tarikh Pelepasan:

Senarai Harga

Dewasa Single Supp Kanak-kanak Berkatil Bayi
Harga RM10790 RM13099 RM9699 RM2000
Harga 15 Terawal RM10690 RM12999 RM9599 RM2000
  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan