7H6M Taiwan City & Nature (Nantou Visit)

Pakej 7H6M Taiwan Eksklusif membawa anda menerokai bandar Taipei, keindahan semula jadi Nantou, Taichung, dan pengalaman budaya Taiwan. Lawatan termasuk Qingjing Farm, Sun Moon Lake, Formosa Aboriginal Cultural Village, Taipei 101, dan Ximending.
Bermula RM4590/pax
  • 7H6M
  • China Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – TAOYUAN (MDK)
Berkumpul di KLIA2 untuk penerbangan ke Taiwan. Setibanya di Lapangan Terbang Taoyuan, peserta akan bertemu dengan pemandu pelancong dan terus ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Taoyuan.

HARI 2: TAOYUAN – NANTOU – QINGJING – NANTOU (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Nantou (3 jam perjalanan). Peserta akan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Qingjing Farm, yang terkenal dengan Evergreen Grass Land. Aktiviti bersiar-siar sambil menikmati udara segar dan pemandangan hijau. Selepas itu, daftar masuk ke Leisure Farm. Makan malam dan bermalam di Nantou.

HARI 3: NANTOU – TAICHUNG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum memulakan pengalaman membuat teh Taiwan. Seterusnya, peserta akan melawat Formosa Aboriginal Cultural Village, yang menawarkan pelbagai aktiviti termasuk:

  1. Lawatan ke perkampungan budaya Orang Asli Formosa
  2. Menaiki kereta kabel ke Observation Tower
  3. Melihat pertunjukan Orang Asli
  4. Menaiki Sun Moon Lake Ropeway

Makan tengahari di Maya Restaurant, sebelum bertolak ke Taichung. Makan malam dan bermalam di Taichung.

HARI 4: TAICHUNG (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke DIY Pineapple Cake, di mana peserta akan belajar cara membuat kek nenas Taiwan. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke C.K.S Memorial Hall dan Taipei 101 (tidak termasuk tiket ke observatory). Makan malam dan bermalam di Taipei.

HARI 5: TAIPEI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Yeliu Geo Park, kawasan batuan unik yang terkenal di Taiwan. Selepas makan tengahari, peserta akan menunaikan solat di Taipei Grand Mosque, diikuti sesi membeli-belah di Ximending, pusat membeli-belah terkenal. Makan malam dan bermalam di Taipei.

HARI 6: TAIPEI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke National Palace Museum dan Shilin Residence Garden. Selepas makan tengahari, peserta akan melawat Jewelry and Creative Arts Center sebelum sesi membeli-belah di Mitsui Shopping Park LaLaport. Makan malam dan bermalam di Taipei.

HARI 7: TAIPEI – KUALA LUMPUR (SP/MDK)
Sarapan pagi sebelum daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Taoyuan untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg
  • Penginapan selama 6 malam di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket masuk lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Makan dalam kapal
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Lawatan pilihan :
    • Taipei 101 observatory : 600 NTD

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan