HARI 1: KUALA LUMPUR- TAWAU- SEMPORNA
Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke pekan Semporna untuk membeli belah produk lautan tempatan; ikan bilis dll dengan menaiki van. Daftar masuk di penginapan di Semporna. Makan malam dan aktiviti bebas disekitar penginapan.
HARI 2: TAWAU-SEMPORNA (ISLAND HOPING : MATAKING,TIMBA-TIMBA,POM-POM) (MT)
Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bertolak ke jeti pelancongan untuk pengembaraan pulau-pulau yang indah di Semporna. Anda akan bertolak ke Pulau Mataking.Makan tengahari.Seterusnya ke Pulau Timba-Timba dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom. Pulang ke Jeti untuk ke hotel semporna. Makan malam dan aktiviti bebas.
HARI 3: SEMPORNA- PULAU MABUL (MT,MM)
Sarapan pagi di sekitar Kawasan hotel.Bergerak ke Jeti untuk ke Pulau Mabul & check in penginapan di Mabul. Dengan menaiki bot selama 30 minit, aktiviti dimulakan dengan bersiar-siar di Pulau Mabul. Anda boleh merakamkan kenangan di Mabul Water Bungalow (Optional Tour RM30/pax) ataupun melakukan aktiviti snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti bebas (snorkeling & bersiar-siar) di Pulau Kapalai sebelum pulang ke penginapan water chalet. Makan malam dan berehat.
HARI 4: SEMPORNA- TAWAU – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi di penginapan. Aktiviti bebas berehat menikmati pemandangan ataupun mandi laut. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke pekan Semporna untuk makan tengahari sebelum bertolak semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Kuala Lumpur.