HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI – MILAN (MDK)
Berkumpul di KLIA1 untuk penerbangan transit ke Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke Milan, Itali.
HARI 2: MILAN – VENICE – MESTRE (SP/MT/MM)
Tiba di Milan dan lawatan bermula ke Scala Opera House, Castello Sforzesco, Doumo Square, dan Galleria Vittorio Emanuele. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Venice. Makan malam dan bermalam di Mestre.
HARI 3: MESTRE – VENICE – LJUBLJANA – ZAGREB (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, peserta menaiki bot ke Venice San Marco untuk melawat San Marco Square, The Basilica & Doge Palace, Bridge of Sighs, dan melihat demonstrasi Venetian Glass Blowing. Aktiviti bebas sebelum makan tengahari. Perjalanan diteruskan ke Ljubljana, Slovenia, untuk lawatan bandar sebelum bertolak ke Zagreb, Croatia. Makan malam dan bermalam di Zagreb.
HARI 4: ZAGREB – BIHAC (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke The Majestic Cathedral, Archbishop Palace, Jan Jelacic Square, Lotrščak Tower, Museum National Archeologic, dan Zagreb Islamic Centre. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Plitvice Lakes National Park (lawatan pilihan: EUR 50). Peserta kemudian bergerak ke Bihac, Bosnia, untuk makan malam dan bermalam.
HARI 5: BIHAC – TRAVNIK – SARAJEVO (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, perjalanan menuju ke Travnik untuk menikmati Panoramic View of Jajce Waterfalls & Travnik. Selepas makan tengahari, peserta meneruskan perjalanan ke Sarajevo untuk melawat Old Town Bascarsiji, Latin Bridge, Brusa Bezistan, Mosque Gazi Husref Bey, dan Gazi Husref Bey Madrass. Makan malam dan bermalam di Sarajevo.
HARI 6: SARAJEVO – MOSTAR – BUDVA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Mostar yang terkenal dengan Mosque Koski Mehmed Pasha, Old Town, dan Mostar Old Bridge. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Kotor, Montenegro, untuk lawatan ke Square of Arms, Beskuca Palace, Byzanti Palace, Pima Palace, dan The City Walls. Makan malam dan bermalam di Budva.
HARI 7: BUDVA – TIRANA – OHRID (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Tirana, Albania, untuk Tirana Panoramic Tour. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Ohrid, Macedonia, untuk makan malam dan bermalam.
HARI 8: OHRID – SKOPJE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan bandar Ohrid ke Old Bazaar of Ohrid, Zainal Abidin Pasha Tekke, Mosque Alia Pasha, serta membeli-belah di Pearls Shop. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Skopje untuk lawatan ke Stone Bridge, Macedonia Square, dan Alexander The Great Statue & Fountain. Makan malam dan bermalam di Skopje.
HARI 9: SKOPJE – SOFIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Sofia, Bulgaria. Lawatan bandar meliputi Alexander Nevsky Church, National Art Gallery, National Theatre, Mosque Bashi Banya, dan Archaeology Site. Makan malam dan bermalam di Sofia.
HARI 10: SOFIA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Istanbul, Turkiye. Makan tengahari dalam perjalanan sebelum tiba di Istanbul. Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 11: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum memulakan lawatan bandar ke Roman Hippodrome, Blue Mosque, dan Hagia Sophia (tertakluk kepada kebenaran masuk). Aktiviti membeli-belah di Grand Bazaar. Selepas makan tengahari, peserta boleh memilih lawatan tambahan ke Topkapi Palace (USD 60) dan Bosphorus Cruise (EUR 30). Makan malam dan bermalam di Istanbul.
HARI 12: ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Sarapan pagi sebelum daftar keluar hotel. Aktiviti bebas membeli-belah di bandar Istanbul sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 13: KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di KLIA1 dan tamat perjalanan.