skip to Main Content
Pakej Percutian Ke Beijing

Harga Seorang Bermula

RM2779

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

6 Hari 4 Malam
Airasia X
4 Bintang
30 Seat

Tarikh Pelepasan

5-9 Dec 2019
12-15 Dec 2019

Aturcara Program

HARI 1:  KL – BEIJING

Berkumpul di Airport KLIA2 4 jam sebelum berlepas. Taklimat oleh Tour leader dari MTB. Daftar masuk penerbaangan dan berlepas dari KL pada 19:10 (by Air Asia).

HARI 2: BEIJING (SP/MT/MM)

Tiba di Beijing pada 01:15 dan dijemput oleh pemandu pelancong kami di lapangan terbang. Peserta akan dibawa terus ke hotel daftar masuk penginapan beristirehat. Pada awal pagi peserta akan bersarapan di hotel dan akan memulakan perjalanan pada hari ini ke Tian An Men Square sebuah dataran bandar terbesar di dunia yang dibatasi oleh Dewan Rakyat dan Makam Pengerusi Mao. Disebelah utara pula terletaknya Kota Larangan (Forbidden City) yang merupakan tinggalan sejarah Empayar Dinasti Ming dan Qing lebih 500 tahun dahulu. Seterusnya, makan tengahari, peserta akan dihidangkan makanan halal. Seterusnya lawatan singkat ke Ming Dynasty City Wall Relics Park. Lawatan diteruskan ke Masjid Niu Jie – salah satu masjid terkenal di Beijing dengan sejarah lebih dari 1000 tahun. Tidak jauh dari situ terletak satu satunya Pasaraya untuk penduduk tempatan yang beragama Islam Muslim Supermarket. Nikmati pertunjukan Acrobatic pada sebelah petang. Makan Malam. Selesai lawatan bermalam ke hotel.

HARI 3:  (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan Lawatan kita pada hari ini adalah ke Tembok Besar China (Great Wall of China). Pertama kali dibina pada tempoh perang Amerika (475-221BC) sebagai satu siri untuk mempertahankan serangan pihak luar. Tembok yang kita lihat sekarang adalah peninggalan dari Dinasti Ming. Makan Tengahari. Dalam perjalanan pulang ke pusat bandar, kita akan melawat ke 798 Art Zone – campuran galeri, studio, butik dan kafe. Pada waktu malam, kita akan meneruskan aktiviti membeli belah di jalan yang terkenal di Beijing iaitu di   Wang Fu Jing Shopping street dan seterusnya ke The Place untuk melihat skrin LED terbesar di Asia. Makan Malam. Kembali ke hotel.

HARI 4 : (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan kita akan mula lawatan ke Summer Palace. Taman imperium terbesar di China, ia mula dibina pada zaman empayar Qing Qianlong pada tahun 1751 dan telah dipulihkan pada tahun 1886 oleh permaisuri Dowager Cixi untuk kegunaan sendiri. Taman ini menjadi kegemaran Cixi, yang juga lebih baik dari Forbidden City, dan menamakannya Yihe Yuan (yang bermaksud taman kesihatan dan keharmonian). Petangnya peserta akan di bawa ke Masjid, diikuti dengan lawatan ke CBD – a piece of art work with various skyscrapers. Peserta akan dibawa untuk aktiviti membeli belah dan tawar menawar di pusat membeli belah Xiu Shui Market. Pada waktu Malam peserta akan dibawa ke Qianmen Culture Area – kawasan yang berwajah baru dengan tempat yang berkombinasi lama dan baru. Makan malam dan Kembali ke Hotel.

HARI 5 : (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan peserta akan daftar keluar Hotel. Seterusnya lawatan ke bandar moden Beijing, tempat yang harus dilawati ialah Stadium Olimpik 2008 – yang di panggil stadium Sarang Burung yang berprestij dan hebat dari segi reka bentuknya. Peserta hanya membuat lawatan diluar stadium sahaja untuk mengambil gambar. Petangnya peserta akan makan tengah hari dan dibawa ke masjid. Seterusnya membeli-belah di Hong Qiao Market. Perhentian lawatan terakhir di beijing ialah Solana Lifestyle Shopping Park. Seterusnya makan malam Halal yang lazat. Peserta akan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing masa untuk pulang ke kuala lumpur.

HARI 6:  BEIJING – KL

Penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga

Dewasa Kanak-kanak Berkatil Kanak-kanak Tidak Berkatil Bayi
Harga RM2970 RM2970 RM2760 RM500
Harga 15 Terawal RM2779 RM2770 RM2560 RM500

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Penerbangan Airasia/Mas Terakluk kepada Jadual.
Penginapan Hotel 4 bintang
Makanan Halal seperti dalam jadual
Pemandu Pelancong & Tippings
Pengangkutan Bas Persendirian
Tiket lawatan seperti dalam jadual
Pengurusan VISA

Pakej Tidak Termasuk

Insuran Perlancongan
Pengurusan VISA untuk bukan warganegara Malaysia
Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
Wang saku dan perbelanjaan sendiri

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Penginapan hotel 4 bintang
 Termasuk pengurusan VISA (bernilai rm180)
 Termasuk Meals on board
 Lawatan ke The Great Wall (2 Jam)
 Lawatan Ski Resort
 No Compulsory Shop
 Nak Jimat RM600? Klik Sini

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami hari ini untuk dapatkan sebut harga untuk servis yang anda perlukan.Kami boleh dihubungi melalui email ataupun di talian:

03-95441442

Isnin-Jumaat (9.00am-5.30pm)

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan

Pakej Beijing, Pakej Beijing, Pakej Beijing, Pakej Beijing,