fbpx

7H5M Jelajah China 4 Bandar

Lawatan Merentasi 4 Bandar di China iaitu Shenzhen, Guilin, Yangshuo & Guanzhou
Bermula RM4190/pax
  • 7H5M
  • Airasia

Jadual Perjalanan

HARI 1: KLIA 2 – SHENZHEN (MT/MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA 2 (Airasia) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Shenzhen. Tiba di lapangan terbang Shenzhen dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Makan tengah hari. Peserta akan memulakan lawatan ke Oh Bay, Nantou Old Town, dan berhenti sebentar di hadapan Pingan Building untuk bergambar. Seterusnya peserta akan di bawa untuk membeli belah di Coco Park Mall dan Dongmeng Walking Street. Makan Malam dan bermalam di Shenzhen.

 

HARI 2: SHENZHEN – GUILIN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke stesen kereta api untuk menaiki speed train ke Guilin. Setelah tiba di Guilin peserta akan terus dibawa ke Rong & Shan Lake Scenic Area, seterusnya peserta akan dibawa ke Zhengyang Pedestrian Street. Makan Malam dan bermalam di Guilin.

 

HARI 3: GUILIN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Silver Cave, peserta akan di bawa ke dalam gua yang penuh dengan lampu warna warni dan bentuk gua yang unik. Kemudian peserta akan melihat 10 miles Gallery dalam perjalanan. Seterusnya peserta akan menikmati pemandangan Moon Mountain dari jauh dan peserta juga dapat melihat Elephant Trunk Hill. Makan Malam dan bermalam di Guilin.

 

HARI 4: GUILIN – YANGSHUO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan peserta akan meneruskan perjalanan ke Yangshuo. Dalam perjalanan peserta akan dibawa untuk menaiki Cruise di Li River Cruise untuk menikmati pemandangan sungai yang terkenal di china. Seterusnya peserta akan dibawa ke Xingping Ancient Town. Kemudian peserta akan di bawa berjalan ke West Street untuk menikmati pemandangan dan aktiviti di tempat ini pada waktu malam. Makan Malam dan bermalam di Yangshuo.

 

HARI 5: YANGSHUO – GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa ke stesen train untuk menaiki Speed Train ke Guangzhou. Setelah tiba di Guangzhou, peserta akan di bawa ke The Saad Abi Waqas Grave and the Mosque. Seterusnya peserta akan di bawa ke Beijing Road Shopping Paradise untuk membeli belah. Makan Malam dan bermalam di Guangzhou.

 

HARI 6: GUANGZHOU (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan di bawa ke Huai Sheng Mosque, Yuexiu Park dengan Five Goat Statue, the new Lizhi River dan Flower City Square. Seterusnya peserta akan di bawa untuk membeli belah di Yongqingfang dan Bruce Lee House. Peserta akan di bawa berjalanan di Shangxiajiu Walking Street. Seterusnya peserta akan di bawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

HARI 7: KUALA LUMPUR

Tiba di Airport KLIA2

Termasuk:

  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 4 bintang lengkap sarapan pagi
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
  • Speed train Shenzhen – Guilin dan Yangshuo – Guangzhou

Tidak Termasuk:

  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Makan dalam kapal
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan