4H3M Dalat (In Dalat Out Dalat)

Pakej Dalat Vietnam membawa anda menikmati pengalaman unik di Dalat dan Mui Ne. Lawatan ini merangkumi Air Terjun Dalanta, Mongoland, Mui Ne Sand Dune, serta pengalaman menarik menaiki roller coaster dan Rainbow Slide.
Bermula RM1890/pax
  • 4H3M
  • Airasia

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DALAT (MT/MM)
Berkumpul di KLIA2 untuk penerbangan ke Dalat, Vietnam. Setibanya di Lapangan Terbang Lien Khuong, peserta akan bertolak ke Bandar Dalat (40 minit perjalanan). Selepas makan tengahari, peserta akan melawat Air Terjun Dalanta dan menikmati pengalaman menaiki roller coaster. Seterusnya, lawatan ke Stesen Kereta Api Lama Dalat, yang merupakan stesen kereta api tertua di Vietnam. Makan malam dan bermalam di Dalat.

HARI 2: DALAT – MUI NE (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Mui Ne. Setibanya di Mui Ne, peserta akan melawat Mui Ne Sand Dune, yang terkenal dengan padang pasir putih dan merah. Peserta boleh memilih aktiviti tambahan seperti menaiki jeep (RM40/pax, min 4 orang). Selepas makan tengahari, peserta boleh menikmati aktiviti bebas di pantai sebelum makan malam. Bermalam di Mui Ne.

HARI 3: MUI NE – DALAT (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak kembali ke Dalat. Setibanya di sana, peserta akan melawat Mongoland, destinasi yang terkenal dengan Rainbow Slide dan pemandangan indah. Seterusnya, lawatan ke Crazy House (Ha Nga Guesthouse), bangunan unik dengan rekabentuk seperti dalam dunia fantasi. Lawatan diteruskan ke Tasik Xuan Huong (Lake of Sight), lokasi santai yang dilengkapi dengan kafe dan kedai-kedai tempatan. Makan malam dan bermalam di Dalat.

HARI 4: DALAT – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Aktiviti bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Lien Khuong untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg
  • Penginapan selama 3 malam di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancongan berbahasa Indonesia/Inggeris
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Menaiki jeep di Mui Ne Sand Dune (RM40/pax, min 4 orang)

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan