- 6 Hari 4 Malam
- Hotel 4 Bintang
- Emirates
- 30 Seat
Jadual Perjalanan
HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI (DXB) (MM)
Berkumpul di KLIA untuk perlepasan. Tiba di Dubai International Airport (DXB) untuk berjumpa dengan wakil tour leader di sana. Para tetamu akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk pada waktu tengah hari. Disebelah petang, tetamu akan berpeluang menaiki Dhowcruise di jeti Dubai Marina sambil menikmati hidangan makan malam selama 2 jam perjalanan. Perjalanan cruise akan melalui kawasan Dubai Marina Mall, Palm Jumeirah, Atlantis Hotel dan Burj Al Arab iaitu bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Di dalam cruise, para tetamu akan disajikan dengan pemandangan yang memukau pada waktu sebelah malam di mana terdapat pilihan dek atas open-air dan dek bawah berhawa dingin sepenuhnya. Tetamu akan diberi minuman seperti soft drinks, house beverage, teh dan kopi yang unlimited sepanjang perjalanan di atas cruise. Kelengkapan yang disediakan di atas cruise juga sangat selesa dan lengkap dengan fasiliti seperti tandas. Peserta kemudian akan pulang semula ke hotel untuk beristirehat.
HARI 2: LAWATAN KE BANDAR DUBAI SEPANJANG HARI (SP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Lawatan pertama pada hari kedua ialah peserta akan melalui Kawasan Dubai Creek. Dubai creek ialah kawasan di persisiran sungai yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Peserta akan dibawa ke dua kawasan yang berbeza di Dubai iaitu dari sisi tradisional dan pemodenan. Seterusnya, peserta akan melawati Gold Souk dan Spice Souk di mana ia adalah pasar yang menjual emas dan rempah. Peserta juga berpeluang untuk melawati Jumeirah Mosque dan Jumeirah Beach yang berdekatan dengan kawasan yang sama. Seterusnya, peserta akan diberi peluang seketika untuk mengambil gambar di Burj Al Arab, Museum of the Future, Souk Madinat Jumeirah, Madinat Jumeirah Al Qasr dan Atlantis Hotel. Di samping itu, tetamu akan melewati kawasan JBR Walk yang dipenuhi dengan kedai-kedai untuk membeli belah, Palm Jumeirah Island dan Dubai Marina. Kemudian, peserta akan makan malam dan pulang semula ke hotel untuk berehat.
HARI 3: SAFARI PADANG PASIR DENGAN MAKAN MALAM & HIBURAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Pada waktu petang, peserta akan dijemput dari hotel dan merasai menaiki pacuan 4 roda ke Padang Pasir Arab. Perjalanan ke sana akan lebih teruja kerana peserta akan melalui bukit pasir yang tinggi. Kemudian, peserta berpeluang untuk melihat matahari terbenam dari puncak padang pasir dan terus pergi ke Bedouin Campsite yang terletak ditengah tengah padang pasir. Di sini, terdapat Henna painting, aktiviti meluncur papan pasir, merasai pengalaman menunggang unta, buffet makan malam, minuman unlimited, makanan arab seperti shawarma dan roti arab untuk peserta menikmati. Jika berpeluang, peserta akan disajikan dengan pertunjukan Belly Dance, Tarian Tradisional Tanoura dan Pertunjukkan Api di sini sambil berfoto dengan mengenakan pakaian tradisional orang Arab. Peserta akan pulang ke hotel semula.
Hari 4: LAWATAN KE BANDAR ABU DHABI SEPANJANG HARI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dijemput dari hotel dan pergi ke bandar Abu Dhabi. Perjalanan akan memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Dubai. Tetamu akan melawat Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi, Pasar Abu Dhabi yang terkenal, Kampung Warisan, Marina Mall of Abu Dhabi, Pasar Karpet, Pasar Kurma. Kemudian, peserta akan melalui kawasan Pusat Pameran Kebangsaan, Menara Condong Abu Dhabi, Corniche Abu Dhabi, Pulau Yas dan Pulau Saadiyat. Peserta juga akan singgah sebentar di Emirates Palace Hotel dan Qasr Al Watan untuk mengambil gambar. Makan malam dan pulang ke hotel.
Hari 5: AKTIVITI BEBAS DI DUBAI (SP)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian, peserta diberi peluang dan pilihan sendiri untuk melakukan aktiviti bebas di Dubai.
Hari 6: DUBAI – KUALA LUMPUR (KUL)
Peserta akan berkumpul untuk daftar keluar hotel dan bergerak ke Dubai International Airport (DXB) untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Termasuk:
- Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg
- Penginapan Hotel 4 bintang lengkap sarapan pagi
- Tiket Lawatan seperti yang tertera
- Lawatan ke bandar Dubai
- Dhow cruise Marina termasuk hiburan
- Safari di padang pasir dengan makan malam & hiburan :
- Lawatan ke bandar Abu Dhabi
- Lawatan ke Qasr Al Watan
- Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
- Perkhidmatan ketua rombongan professional
- Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
- Tips Pemandu Pelancong
Tidak Termasuk:
- Travel & Covid-19 Insurans
- Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
- Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
- Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
Butiran lain-lain:
- Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
- Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Tarikh Pelepasan:
Senarai Harga
| Dewasa | Single | Kanak-kanak Berkatil | Bayi | |
|---|---|---|---|---|
| Dec 2023 | RM6990 | RM8690 | RM6290 | RM1500 |
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Cik Anis
Tour Operation Exec

Cik Nuren
Tour Operation Exec
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

En Ammar
Tour Consultant Exec

Cik Syahirah
Tour Consultant Exec

En Rakin
Tour Consultant Exec

En Bashier
HOD Tour Consultant
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.