skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM6999

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

10 Hari 7 Malam
Oman Air
3 Bintang
30 Seat

Tarikh Pelepasan

2-11 OCT 2020
3-12 NOV 2020
22 NOV – 1 DEC 2020*
17-26 DEC 2020*

Aturcara Program

Hari 1: KUALA LUMPUR – MUSCAT (TRANSIT) – LONDON

Berumpul di KLIA untuk penerbangan lewat malam ke London melalui Muscat, Oman. Transit sekitar 2jam sebelum meneruskan perjalan ke London.

Hari 2: LONDON (MM)

Setiba di London pada awal pagi, lawatan akan diteruskan ke “Bicester Village” untuk membeli belah, terdapat lebih daripada 160 jenama terkenal seperti “Gucci, Salvatore Ferragamo, Tod’s, Dior dan lain-lain yang mempunyai diskaun setinggi 70%. Lawatan diteruskan melawat salah satu ikonik bagi London “London Eye, Westminster Bridge dan Victoria Embankment” di London. Aktiviti bebas sebelum daftar masuk hotel dan bermalam.

Hari 3: LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel, dan merasai pengalaman lawatan setengah hari sekitar bandar London. Lawatan bermula di pekarangan “Buckingham Palace”, Istana dan juga kediaman bagi “Queen Elizabeth II” yang telah dibina pada tahun 1703 dan masih dijaga rapi sehingga hari ini, anda juga berkemungkinan berpeluang untuk melihat pertukaran pengawal istana “guard changing ceremony”. Lawatan diteruskan ke “London City Hall” untuk melihat sekitar seperti “Tower Bridge, Westminster Abbey, house of Parliament, Trafalgar Square dan Downing Street”. Setelah selesai lawatan sekitar bandar London, anda akan diberi masa untuk membeli belah di “Oxford Street” atau berehat di “Hyde Park” sebelum meneruskan perjalanan ke “Harwich” dengan menaiki feri “Stena Line” dan merasai pengalaman bermalam di feri yang merentasi “English Chanel” ke Amsterdam.

Hari 4: HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM) (SP/MM)

Sarapan didalam feri, setiba di Hook of Holland, lawatan diteruskan ke Zaanse Schans. Sebuah perkampungan kincir angin terletak di daerah Zaandam, Amsterdam dan merupakan salah satu ikon simbolik bagi Netherland. Di situ juga anda akan dibawa melihat proses pembuatan keju dan kasut kayu “clog shoe”. Lawatan diteruskan di sekitar bandar Amsterdam termasuk melawat ke perkarangan Royal Palace of Amsterdam, National Monument di Damrak Square. Lawatan diteruskan ke Gassan Diamond, sebuah kedai yang menghasilkan dan memotong berlian untuk dijadikan perhiasan. Selepas itu anda akan merasakan pengalaman menaiki Canal Cruise Amsterdam sebelum daftar masuk hotel dan bermalam.

DAY 5: AMSTERDAM (SP/MM)

Setelah sarapan pagi, aktiviti bebas dan anda berpeluang menjelajah lebih dalam di Amsterdam, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti, melawat Anne Frank muzium, Red Light District, Muzium Lilin di Damrak Square, Van Gogh Muzium dan banyak lagi.

Day 6: AMSTERDAM – BRUSSEL (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Brussel, singgah di Atomium untuk bergambar ia juga merupakan salah satu mercu tanda yang unik di Brussel, yang asalnye adalah sebuah muzium dan kini menjadi restoran ekslusif. Lawatan ke Central Square of Brussel. Lawatan di sekitar Grand Palace, Menneken Piss dan Hard Rock Café Brussel. Disekitar sini terdapat Belgium Chocolate shop dan waffle shop dengan pelbagai aneka perasa yang boleh anda cuba sewaktu di Central Square of Brussel. Aktiviti bebas diberikan sebelum daftar masuk hotel dan bermalam.

DAY 7: BRUSSELS – PARIS (SP/MM)

Setelah sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Paris. Setiba di Paris, anda akan dibawa menaikki Paris River Cruise di Compagnie des Bateaux-Mouches . Paris juga terkenal sebagai bandar cinta. Selepas solat dan makan di Grande Mosque de Paris. Lawatan diteruskan dan berhenti di beberapa kawasan seperti Notre-Dame Cathedral, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Place de la Concorde, Trocadero Square dan Avenue des Champ Elysees. Makan malam kemudian daftar masuk hotel untuk bermalam di Paris.

DAY 8: PARIS (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Eifel Tower (Tiket ke ruang tingkat 2 termasuk). Menara Eifel telah dibina pada tahun 1885 oleh peciptanye Mr Eifel sendiri. Tujuan utama dibina adalah kerana ingin menyambut ulangtahun ke 100 sempena revolusi France terhadap kerabat diraja France dan juga merupakan salah satu mercu tanda bagi World Expo 1889. Setelah itu solat sebelum membeli belah di salah satu gedung terbesar Paris Galleries La Fayette. Aktiviti bebas sebelum makan malam dan kembali ke hotel untuk bermalam.

DAY 9: PARIS – MUSCAT – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel, aktiviti bebas disebelah pagi sehingga Zuhur prayer, lawatan diteruskan ke Lavellee Village, tempat membeli belah yang terdapat perlbagai jenama-jenama terkenal. Aktiviti bebas diberikan disini sehingga penghantaran semula ke lapangan terbang Charles De Gaulle untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

DAY 10: DOHA (Transit) – KUALA LUMPUR

Transit sebentar di Doha seblum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur

Senarai Harga

Harga Dewasa Kanak-Kanak Berkatil Kanak-Kanak Tidak Berkatil Bayi
Sebenar RM7199 RM6890 RM6140 RM1000
15 Terawal RM6999 RM6690 RM5940 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Surcas sebanyak RM300 untuk tarikh bertanda *
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan
Bagasi 30kg seorang satu hala dan 7kg untuk bagasi kabin
Hotel bertaraf 3* atau setaraf
Penginapan satu malam di dalam feri Stena Line dari UK ke Amsterdam
Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Brussels dan Amsterdam
Tiket masuk ke tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise, Paris River Cruise dan Eiffel Tower (tingkat 2)
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman untuk eksplorasi bandar
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Diiringi ketua rombongan yang terlatih dan profesional dari Muslimtravelbug Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

Insurans pelancongan (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans pelancongan yang bersesuaian.
Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada).
Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
Makan tengah hari, minum, tiket masuk ke tempat lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan yang dibawa.
Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Bermalam di Feri Stena Line
 Cruise Experience: Paris River Cruise & Amsterdam Canel Cruise
 Termasuk tiket lawatan ke Eiffel Tower Paris
 Hotel Selesa 3 bintang lengkap Liff Sahaja
 Pemandu Pelancong yang BEST
 Kualiti Masa : Bukan Pakej Touch & Go
 Tiada Compulsary Shop

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Fendi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 0107625770

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan