skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM7999

Termasuk Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

12 Hari 9 Malam
Oman Air
3 Bintang
30 Seat

Tarikh Pelepasan

11-22 Oct 2019 (Autumn)
25 Oct – 5 Nov 2019 (End Autumn)

Aturcara Program

Hari 1 : KUALA LUMPUR – MUSCAT – LONDON

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan lewat malam ke London melalui Muscat, Oman. Singgah di Muscat selama lebih kurang dua jam sebelum penerbangan diteruskan ke London.

Hari 2 : LONDON

Tiba awal pagi di London, anda akan dibawa ke Bicester Village untuk membeli belah lebih dari 160 jenama antarabangsa terkemuka pada harga diskaun sehingga 70% seperti Gucci, Salvatore Ferragamo, Tod’s, Dior, Coach and banyak lagi. Selepas itu, anda akan dibawa ke London di kawasan London Eye, Westminster Bridge dan Victoria Embankment untuk aktiviti bebas sebelum dibawa ke hotel untuk berehat dan makan malam.

Hari 3 : LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM)

Sarapan pagi di hotel dan lawatan separuh hari di sekitar bandar London dimulakan dengan melawat Buckingham Palace. Istana yang menjadi antara kediaman dan pejabat utama bagi Ratu Elizabeth II yang dibuka sejak tahun 1703. Anda akan berpeluang untuk melihat sendiri upacara pertukaran pengawal, tradisi yang bermula sejak tahun 1689. Kemudian anda akan dibawa berjalan ke kawasan London City Hall dan akan turut melawat kawasan sekitarnya seperti Tower Bridge, jambatan menjadi ikon London dan Tower Of London, sebuah istana yang menyimpan banyak sejarah, regalia diraja yang pernah menjadi muzium, kediaman rasmi keluarga diraja, markas tentera, malah pernah menjadi penjara yang berusia lebih dari 900 tahun yang terletak di tebing Sungai Thames. Lawatan diteruskan ke sekitar London seperti di Westminster Abbey, House of Parliament, Trafalgar Square dan Downing Street, kediaman rasmi Perdana Menteri UK. Setelah lawatan tamat, anda bebas untuk meneroka London di kawasan Oxford Street, sama ada mahu membeli belah di Primark atau di mana-mana kompleks membeli belah di situ, atau berehat di Hyde Park sebelum dibawa ke Harwich untuk menaiki Feri Stena Line, bermalam di dalam feri, merentasi English Channel menuju ke Amsterdam.

Hari 4 : HOOK OF HOLLAND (AMSTERDAM)

Sarapan pagi dalam feri, tiba di Hook of Holland dan terus ke Zaanse Schans. Sebuah kawasan kincir angin di Zaandam, berdekatan dengan Amsterdam. Di sini, anda akan menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat sendiri kincir angin yang wujud sejak abad ke lapan belas yang menjadi simbol negara Belanda. Anda juga boleh merasakan sendiri pengalaman untuk melihat cara membuat keju dan terompah kayu. Anda kemudian akan dibawa ke Masjid Zaandam untuk solat dan makan tengah hari (sendiri) sebelum dibawa melawat sekitar bandar Amsterdam seperti Royal Palace, National Monument yang terletak di Damrak Square. Lawatan diteruskan ke Gassan Diamond untuk mengetahui teknik menghasilkan barang kemas yang bermula selepas tamat perang dunia kedua pada tahun 1945. Selepas itu, anda akan berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki Amsterdam Canal Cruise sebelum dibawa ke hotel untuk makan malam.

Hari 5 : AMSTERDAM

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas sepanjang hari. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk menerokai Bandar Amsterdam dengan lebih mendalam. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di bandar seperti melawat Amsterdam Centraal Station, Red Light District, Anne Frank Museum, Rijksmuseum, Van Gogh Museum dan pelbagai tempat menarik lagi.

Hari 6 : AMSTERDAM – BRUSSELS

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brussels. Tiba di Brussels, lawatan dimulakan dengan singgah di Atomium untuk mengambil gambar. Atomium ialah struktur unik yang dibina pada tahun 1958 untuk World Expo yang kini digunakan sebagai muzium, menjadi mercu tanda Brussels. Kemudian perjalanan diteruskan ke Brussels City Centre. Di situ, anda akan dapat menikmati keindahan Grand Place, melihat sendiri Mannekin Pis, patung bayi yang menjadi simbol Brussels dan patung asal dikatakan wujud sejak tahun 1452. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai jenis coklat Belgium yang sangat terkenal di serata dunia dan waffle dengan pelbagai jenis toppings atau membeli cenderahati di Hard Rock Café. Masa terluang akan diberi sebelum anda dibawa ke hotel untuk berehat.

Hari 7 : BRUSSELS – PARIS

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Paris. Sebaik tiba di Paris, anda akan menikmati keindahan Paris melalui Paris River Cruise di Compagnie des Bateaux-Mouches. Ketahui sendiri kenapa Paris begitu terkenal di seluruh dunia sebagai kota cinta. Setelah berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat di Grande Mosqee de Paris, perjalanan menerokai Paris diteruskan dengan singgah sebentar beberapa tempat seperti Notre-Dame Cathedral, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Place de la Concorde, Trocadero Square dan Avenue des Champs-Elysees. Saksikan sendiri kehalusan dan kekayaan seni ukiran yang banyak terdapat di sini. Di mana-mana sahaja anda berada, tempat itu pastinya Instagram-worthy.

Hari 8 : PARIS

Sarapan pagi di hotel dan aturcara pada hari ini ialah melawat Eiffel Tower. Menara besi yang menjadi simbol Paris dan Perancis ini mula dibina pada tahun 1885 bertujuan untuk meraikan ulangtahun ke 100 Revolusi Perancis yang menumbangkan keluarga diraja dan mengasaskan negara republik dan juga sebagai salah satu monument yang dibina untuk World Expo 1889. Sepatutnya Menara Eiffel ini diruntuhkan selepas habis expo tersebut, tetapi atas usaha pihak-pihak tertentu, ia kekal hingga sekarang dan menjadi antara ikon paling terkenal di serata dunia. Selepas habis melawat, anda akan dibawa untuk solat sebelum dibawa menghabiskan sesi petang ke pusat membeli belah paling terkenal di Paris, Galeries Lafayette. Setelah puas membeli belah, bertolak ke hotel.

Hari 9 : PARIS – DIJON – BASEL/ZURICH

Sarapan pagi di hotel dan anda akan bertolak ke Dijon. Sebuah ibu negeri untuk Wilayah Burgundy yang terkenal dengan sektor pembuatan wine dan Dijon Mustard. Perjalanan ke sini akan mengambil masa selama 4 jam. Setelah berehat dan solat Zohor, perjalanan kemudian diteruska ke Basel, Switzerland. Sebelum makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 10 : BASEL/ZURICH – LUCERN – MT RIGI

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lucern. Anda akan meneroka keindahan banjaran gunung Swiss dengan menaiki keretapi cogwheel Vitznau – Rigi Kulm yang bermula di sebelah dengan tasik Lucern. Laluan keretapi ini dibuka pada tahun 1871 dan ia adalah laluan keretapi gunung pertama Eropah dan merupakan cara terbaik untuk menikmati keindahan banjaran gunung Swiss. Dari sini, anda akan dapat melihat separuh dari seluruh negara Swiss. Kembali ke Lucern untuk meluangkan masa membeli belah produk Swiss yang terkenal di seluruh dunia seperti coklat, pisau Swiss Army, jam tangan berjenama seperti Rolex, Vacheron Constantine dan pelbagai lagi. Anda boleh berehat di tebing tasik Lucern atau melawat Chapel Bridge, tempat yang menjadi ikon dan mercu tanda Lucern. Setelah selesai semua aktiviti, bertolak pulang ke Basel/Zurich dan makan malam.

Hari 11 : ZURICH – MUSCAT – KUALA LUMPUR

Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas pada waktu pagi. Selepas solat Zohor, anda akan dibawa ke pusat bandar Zurich. Anda akan menghabiskan beberapa jam untuk sesi petang di sini sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH) untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Makan malam dalam pesawat. Penerbangan akan melalui Muscat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Hari 12 : MUSCAT – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Senarai Harga

Harga Dewasa Kanak-Kanak Berkatil Kanak-Kanak Tidak Berkatil Bayi
Sebenar RM8299 RM7699 RM7199 RM1000
15 Terawal RM7999 RM7499 RM6999 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan
Bagasi 30kg seorang satu hala dan 7kg untuk bagasi kabin
Hotel bertaraf 3* atau setaraf berserta sarapan pagi
Makan malam samaada di restoran atau makanan bungkus (mengikut kesesuaian masa dan jadual perjalanan)
Penginapan satu malam di dalam feri Stena Line dari UK ke Amsterdam
Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Brussels, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich
Tiket masuk ke tempat lawatan: Amsterdam Canal Cruise, Paris River Cruise dan Eiffel Tower (tingkat 2), keretapi cogwheel Vitznau – Rigi Kulm.
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman untuk eksplorasi bandar
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Diiringi ketua rombongan yang terlatih dan profesional dari Muslimtravelbug Sdn. Bhd.

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Bermalam di Feri Stena Line
 Cruise Experience: Paris River Cruise & Amsterdam Canel Cruise
 Termasuk tiket lawatan ke Eiffel Tower Paris
 Hotel Selesa 3 bintang lengkap Liff Sahaja
 Makan malam istimewa (3 course)
 Bonus : Pengalaman Kereta Api Cogwheel di pergunungan Rigi Kulmvitznau
 Kualiti Masa : Bukan Pakej Touch & Go
 Tiada Compulsary Shop

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Azmi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 01133560497

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan