5H4M Hanoi & Sapa Fansipan

Pakej 5H4M Hanoi, Sapa & Fansipan membawa anda menjelajah Sapa Fansipan, Mong Village, Ha Long Bay, dan Hanoi Night Market. Pengalaman menarik termasuk menaiki kereta kabel ke puncak Fansipan, bermalam di houseboat di Ha Long Bay, serta aktiviti berkayak.
Bermula RM2990/pax
  • 5H4M
  • Airasia, Malaysia Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – HANOI – SAPA (MM)
Berkumpul di KLIA1 (MH) & KLIA2 (Airasia) untuk taklimat perjalanan sebelum penerbangan ke Hanoi. Setibanya di Hanoi, peserta akan bertolak terus ke Sapa. Makan malam sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Sapa.

HARI 2: SAPA – FANSIPAN – HANOI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Mong Village dan Alpine Coaster Experience in Sapa. Peserta kemudian akan menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Fansipan (2800m), diikuti lawatan ke Pagoda of Spiritual dengan mendaki tangga sejauh 600 langkah atau menaiki tram (pilihan tambahan: RM60). Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Hanoi untuk daftar masuk hotel. Makan malam dan aktiviti bebas membeli-belah di Hanoi Night Market. Bermalam di Hanoi.

HARI 3: HANOI – HA LONG BAY (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Ha Long Bay. Peserta akan menaiki bot selama 4-5 jam melalui laluan yang dikenali sebagai Thousand Islet – Stone Dog Islet, Fighting Cocks, Sung Sot Cave, dan Titop Island. Aktiviti termasuk menikmati matahari terbenam di atas bot. Makan malam dan bermalam di houseboat.

HARI 4: HA LONG BAY – HANOI (SP/MT/MM)
Bangun awal untuk menikmati pemandangan matahari terbit di atas bot. Sarapan pagi sebelum lawatan ke Pearl Farm, berkayak ke pulau kecil, dan menyertai kelas memasak Spring Rolls. Selepas makan tengahari, peserta akan kembali ke Hanoi dan menikmati masa bebas untuk membeli-belah di Hanoi Night Market. Makan malam dan bermalam di Hanoi.

HARI 5: HANOI – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Aktiviti bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Hanoi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg (Airasia & Batik Air) & 30kg (Malaysia Airlines)
  • 1 malam penginapan di houseboat di Ha Long Bay
  • Penginapan 3 malam di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris/Bahasa sepanjang perjalanan
  • Air mineral (500ml) setiap hari lawatan
  • Tiket menaiki bot di Ha Long Bay
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Tram ke puncak Fansipan (RM60)
  • Makan dalam kapal (AirAsia & Batik Air sahaja)
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam senarai termasuk

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan