skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM6180

Termasuk Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

9 Hari 6 Malam
Etihad Airlines
3 Bintang
30 Seat

Tarikh Pelepasan

1-9 April 2020
17-25 Oct 2020
5-13 Dec 2020

Aturcara Program

HARI 1: BERTOLAK DARI KLIA (MDK)

Terbang ke Milan dari KLIA melalui Abu Dhabi dengan Etihad Airways.

HARI 2: TIBA DI MILAN (MT, MM)

Tiba di Lapangan Terbang Milan Malpensa. Mulakan lawatan dengan lawatan City Milan tanpa pemandu pelancong. Makan tengah hari dan mulakan lawatan Orientasi dan berhenti untuk mengambil gambar di Istana Sforza, Teatro Della Scala, Duomo di Milano, Galleria Vittorio Emanuelle II. Makan malam di restoran tempatan – Transfer ke hotel & dan bermalam di Milan.

HARI 3: MILAN – VERONA – VENICE ISLAND – VENICE MESTRE (SP/MM) 

Sarapan pagi dan terus ke Verona – melawat bandar Verona tanpa pemandu pelancong – Balkoni Romeo dan Juliet (Berhenti untuk foto) – Perjalanan akan diteruskan ke Tronchetto – Menaiki bot ke Pulau Venice – Makan tengahari diatur sendiri oleh peserta – Lawatan bandar Venice tanpa pemandu pelancong – Bridge of Sigh (Berhenti untuk foto) Istana Doge (Berhenti untuk foto) – Dataran St. Mark, Jambatan Rialto dan Kilang Kaca Murano. Kemudian, terus ke Venice Mestre untuk makan malam. Bertolak ke hotel & bermalam di Venice Mestre.

HARI 4: VENİCE MESTRE – FLORENCE – MONTECATİNİ (SP/MM) 

Sarapan pagi dan terus ke Florence. Singgah di Piazza Michelangelo. Makan tengah hari diurus sendiri oleh peserta. Lawatan bandar Florence bersama pemandu pelancong tempatan. Singgah di Door of Paradise, Piazza Signoria, Piazza Santa Croce, Santa Maria Del Fiore dan Giotto Bell Tower. Terus ke Kilang Kulit Pierotucci – Makan malam di restoran lokal (Fiorentina Steak). Kemudian, terus ke hotel dan bermalam di Montecatini.

HARI 5: MONTECATINI – CINQUE TERRE – MONTECATINI (SP/MM) 

Sarapan pagi dan terus ke La Spezia – Makan Tengahari diurus sendiri oleh peserta – Menaiki kereta api untuk ke Cinque Terre, UNESCO World Heritage Site. Ia adalah kampung nelayan yang indah terdiri daripada taman negara dengan lima pulau – Monterosso Al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarolo dan Riomaggiore. Anda akan menaiki kereta api sepanjang perjalanan di antara bandar-bandar yang menarik ini. Makan malam dan terus ke Montecatini – Bermalam di Montecatini.

HARI 6: MONTECATİNİ – PİSA – BARBERİNO DESİGNER OUTLET OR THE MALL – ROME (SP/MM) 

Sarapan pagi dan terus ke Menara Condong Pisa. Kemudian ke Square of Miracle. Makan tengahari diurus sendiri oleh peserta. Terus ke The Mall atau Barberino Designer Outlet. Masa diberikan untuk membeli-belah. Bertolak ke Rom. Makan malam dan bermalam di Rom.

HARI 7: ROME – VATICAN CITY – ROME (SP

Lawatan sekitar bandar Rome dengan pemandu pelancong tempatan. Singgah di Colosseum, Arch of Constantine, dan Roman Forum. Makan Tengahari diurus sendiri oleh peserta. Melawat Trevi Fountain, dan Spanish Steps sebelum ke Vatican City. Melawat St. Peter’s Square, Basilica St. Peter. Makan malam diatur sendiri oleh peserta. Kemudian, terus ke hotel dan bermalam di Rom.

HARI 8: ROME – ABU DHABI – KUALA LUMPUR (SP/MDK):

Sarapan pagi – Aktiviti Bebas – Terus ke lapangan terbang untuk berlepas ke Kuala Lumpur melalui Abu Dhabi oleh Etihad Airways.

DAY 9: TIBA DI KLIA (MDK)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Senarai Harga

Harga Dewasa Kanak-Kanak Berkatil Kanak-Kanak Tidak Berkatil Bayi
Sebenar RM6380 RM6099 RM5999 RM1000
15 Terawal RM6180 RM5899 RM5799 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket pergi dan balik kelas ekonomi Etihad Airways termasuk semua cukai
30kg bagasi dan 7kg bagasi kabin untuk seorang
Hotel lokal 3 bintang atau yang setaraf beserta bufet sarapan pagi antarabangsa
Cukai bandar di Florence, Rom, Milan, Venice, dll.
Makanan Halal atau makanan mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam aturcara
Bayaran kemasukan untuk tempat lawatan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Bas yang berhawa dingin dan selesa
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Diiringi pemandu pelancong yang terlatih dan profesional

Pakej Tidak Termasuk

Etiqa takaful (RM100/seorang Asas) – akan diatur atas permintaan
Bayaran masuk ke tempat yang tidak diberitahu di dalam itinari seperti Gondola Ride di Venice, Coliseum, dll
Surcaj tambahan untuk waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (jika ada)
Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, makanan ringan, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan.
Makan tengah hari, minuman, tiket masuk ke tempat lawatan selain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
Bayaran tambahan untuk kapasiti bagasi yang berlebihan
Lain-lain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Pengalaman Shopping di Milan
 Lawatan tapak sejarah utama di Rome
 Penerbangan eksklusif Etihad Airlines
 Hotel Selesa 3 bintang lengkap Liff Sahaja

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Azmi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 01133560497

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan