skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM5890

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

8 Hari 6 Malam
Air Astana
Hotel 3 Bintang
10 Seat

Tarikh Pelepasan

14-21 April 2020

Aturcara Program

HARI 1: KUALA LUMPUR – MELBOURNE (MDK)

Bertolak dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne-Avalon.

HARI 2: TIBA DI MELBOURNE (MT/MM)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne-Avalon. Bertemu dengan pemandu pelancong tempatan dan terus terokai tempat-tempat terkenal di Melbourne City termasuk Queen Victoria Market, Brighton Beach Boxes yang terkenal serta berwarna-warni sepanjang Pantai St Kilda. Makan tengahari dan kemudian melawat The Shrine of Remembrance, sebuah peringatan perang yang terletak di Kings Domain di St Kilda Road. Kemudian anda akan mengambil Trem Circle City di sekitar bandar, terus ke lokasi makan malam, daftar masuk hotel dan rehat.

HARI 3: PHILIP ISLAND ECO NATURE PARK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan hari ini anda akan melawati Maru Koala & Taman Haiwan untuk melihat koala, kanggaru dan haiwan-haiwan lain. Lihat Seal Rocks dan Nobbies, menghadap salah satu lautan yang paling merbahaya di dunia, Selat Bass. Di Penguin Parade anda akan menyaksikan Little Penguins yang liar muncul dari laut, pulang ke sarang mereka. Lawati Churchill Island Heritage Farm, makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 4: MELBOURNE – GREAT OCEAN ROAD – TWELVE APOSTLES (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini penuh dengan lokasi yang hebat, pemandangan luar biasa dan keajaiban alam. Perjalanan sepanjang Great Ocean Road dan mengagumi pantai berpasir keemasan. Keindahan Twelve Apostles adalah menakjubkan. Pembentukan batu kapur yang luar biasa ini adalah akibat hakisan sejak 20 juta tahun yang lalu. Terdapat cerita kapal karam yang menakjubkan tentang kelangsungan hidup Loch Ard dan melawat jurangnya yang terkenal. Lawati Port Campbell sebelum kembali ke Melbourne.

HARI 5: MELBOURNE – AKTIVITI BEBAS (SP)

Sarapan pagi di hotel. Terokai Melbourne dengan perkhidmatan tremnya di hari aktiviti bebas ini.

HARI 6: LAPANGAN TERBANG MELBOURNE (MDK)

Berlepas ke Lapangan Terbang dan bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 1:  KUALA LUMPUR – ALMATY, KAZAKHSTAN (MDK/MM)

Berkumpul di KLIA sebelum bertolak ke Almaty, Kazakhstan. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Almaty, Kazakhstan. Kemudian, anda akan dibawa terus untuk makan malam, daftar masuk hotel. Bermalam di bandar Almaty.

HARI 2: ALMATY KAZASKSTAN – KORDAI – BIKSHKEK, KYRGYZSTAN 350KM (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Mulakan pagi dengan lawatan di Almaty City, menikmati pemandangan dan suasana yang sibuk di Bazaar Hijau, sebuah pasar timur untuk membeli-belah. Dari situ, terus ke taman tertua di Almaty, Panfilov Park, dengan laluannya yang penuh dengan pokok yang berjajar dan monumenti. Lihat pemandangan yang menakjubkan dari Kok-Tobe Hill, di mana terletaknya menara TV tertinggi di dunia (jika dikira dari paras laut). Anda juga akan melawati Main Square. Makan tengah hari. Petang, berangkat ke Bishkek. Anda akan melalui sempadan Kordai antara Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Tiba untuk makan malam di bandar Bishkek, Kyrgyzstan. Selepas makan malam, anda akan ke Taman Negara Ala Archa. Daftar masuk di hotel dan bermalam di Ala Archa.

HARI 3: TAMAN NEGARA ALA ARCHA, KYRGYZSTAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Terokai keajaiban Taman Negara Ala-Archa Canyon. Berjalan mengelilingi Taman Negara. Makan tengah hari. Ala-Archa Canyon telah menjadi salah satu tempat paling banyak dikunjungi di seluruh Kyrgyzstan. Dengan puncak salji yang dilitupi melebihi 4,500 meter, lereng berhutan yang curam, padang rumput yang indah. Ala Archa adalah destinasi pelancongan utama di Krygystan. Perjalanan sepanjang ke sungai dengan pemandu pelancong. Makan malam. Bermalam di Ala Archa.

HARI 4: TAMAN NEGARA ALA ARCHA, KYRGYZSTAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Trekking hingga air terjun. Makan tengah hari (bungkus) ditepi air terjun. Pulang ke hotel Ala Archa untuk makan malam. Bermalam di Ala Archa.

HARI 5: CHOLPON ATA – YSSYK KUL, KYRGYSTAN 390 KM (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke bandar Cholpon Ata, rantau Yssyk Kul. Dalam perjalanan anda akan melalui Menara Burana. Makan tengah hari di kafe tempatan di Boom Gorge. Daftar masuk di hotel di persisiran tasik Yssyk Kul. Aktiviti bebas. Makan malam di restoran tempatan di bandar Cholpon Ata, pusat sejarah dan budaya di Issyk-Kul. Ada pelbagai tapak arkeologi purba. Bermalam di Cholpon Ata.

HARI 6:  CHOLPON ATA – GRIGORIEVSKOE GORGE – BISHHKEK KRYGYZSTAN (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Anda akan dibawa ke Grigorievskoe Gorge atau Chong Ak-Suu. Di bahagian bawah jurang ini terdapat sungai gunung dengan air glasier yang jernih. Di lembah terdapat tiga Tasik Moraine, tasik yang dipenuhi dengan air ais glacier. Makan tengahari di Cholpon Ata Town. Selepas makan tengah hari, anda akan dibawa ke bandar Bishkek. Makan malam. Bermalam di Bishkek.

HARI 7: BISHKEK- MANAS AIRPORT, KRYZSTAN (SP/MT/MDK)

Sarapan pagi. Daftar keluar hotel. Teruskan dengan aktiviti di Bishkek City. Anda akan bermula di tengah-tengah ibu kota – Ala Too Square. Anda akan berjalan-jalan dan melihat Rumah Parlimen, Patung Lenin, Rumah Putih, dan Monumen Manas. Makan tengah hari dan kemudian anda akan dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Manas. Berlepas ke Kazakhstan untuk transit.

HARI 8: KUALA LUMPUR (MDK)

Tiba di Kazakhstan dan bersiap sedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Senarai Harga

Dewasa
Harga RM6090
Harga 15 Terawal RM5890

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Pakej ini hanya sesuai untuk peserta dewasa sihat yang tiada masalah berjalan jauh
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Penerbangan pergi dan balik Airastana termasuk makan dalam kapal dan 20kg bagasi
Penginapan hotel lokal 3 bintang beserta buffet sarapan pagi antarabangsa
Pengangkutan sepanjang perjalanan
Pemandu pelancong yang fasih berbahasa inggeris sepanjang perjalanan
Makanan halal atau mesra Muslim seperti yang dinyatakan di dalam itinari
Bayaran masuk seperti yang dinyatakan di dalam itinari
Air minuman 1 botol setiap hari
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Pakej Tidak Termasuk

Insuran Perlancongan
Pengurusan VISA untuk bukan warganegara Malaysia
Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
Wang saku dan perbelanjaan sendiri

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Lawatan 2 negara melepasi sempadan
 Lengkap pengalaman mendaki & kebudayaan tempatan
 Pengurusan makanana halal & qiblat
 Kumpulan kecil minima 10 peserta

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Azmi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 01133560497

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan