Harga Seorang Bermula
RM4290
Lengkap Penerbangan
Khidmat Pelanggan
Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.
Tarikh Pelepasan
Aturcara Program
HARI 1: KUALA LUMPUR – MELBOURNE (MDK)
Bertolak dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne-Avalon.
HARI 2: TIBA DI MELBOURNE (MT/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne-Avalon. Bertemu dengan pemandu pelancong tempatan dan terus terokai tempat-tempat terkenal di Melbourne City termasuk Queen Victoria Market, Brighton Beach Boxes yang terkenal serta berwarna-warni sepanjang Pantai St Kilda. Makan tengahari dan kemudian melawat The Shrine of Remembrance, sebuah peringatan perang yang terletak di Kings Domain di St Kilda Road. Kemudian anda akan mengambil Trem Circle City di sekitar bandar, terus ke lokasi makan malam, daftar masuk hotel dan rehat.
HARI 3: PHILIP ISLAND ECO NATURE PARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan hari ini anda akan melawati Maru Koala & Taman Haiwan untuk melihat koala, kanggaru dan haiwan-haiwan lain. Lihat Seal Rocks dan Nobbies, menghadap salah satu lautan yang paling merbahaya di dunia, Selat Bass. Di Penguin Parade anda akan menyaksikan Little Penguins yang liar muncul dari laut, pulang ke sarang mereka. Lawati Churchill Island Heritage Farm, makan malam dan kembali ke hotel.
HARI 4: MELBOURNE – GREAT OCEAN ROAD – TWELVE APOSTLES (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan hari ini penuh dengan lokasi yang hebat, pemandangan luar biasa dan keajaiban alam. Perjalanan sepanjang Great Ocean Road dan mengagumi pantai berpasir keemasan. Keindahan Twelve Apostles adalah menakjubkan. Pembentukan batu kapur yang luar biasa ini adalah akibat hakisan sejak 20 juta tahun yang lalu. Terdapat cerita kapal karam yang menakjubkan tentang kelangsungan hidup Loch Ard dan melawat jurangnya yang terkenal. Lawati Port Campbell sebelum kembali ke Melbourne.
HARI 5: MELBOURNE – AKTIVITI BEBAS (SP)
Sarapan pagi di hotel. Terokai Melbourne dengan perkhidmatan tremnya di hari aktiviti bebas ini.
HARI 6: LAPANGAN TERBANG MELBOURNE (MDK)
Berlepas ke Lapangan Terbang dan bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Senarai Harga
Dewasa | Kanak-kanak | Bayi | |
---|---|---|---|
Harga | RM4490 | RM3979 | RM500 |
Harga 15 Terawal | RM4290 | RM3779 | RM500 |
Nota Lanjut
- Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
- Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Pakej Termasuk
Penerbangan (Airasia)
Penginapan Hotel 3 Bintang
Makanan Halal seperti dalam jadual
Pemandu Pelancong & Tippings
Pengangkutan Bas Persendirian
Pengurusan VISA ETA – Tertakluk kepada terma dan syarat
Tiket lawatan seperti dalam jadual
Pakej Tidak Termasuk
Insuran Perlancongan
Pengurusan VISA untuk bukan warganegara Malaysia
Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
Wang saku dan perbelanjaan sendiri
Perlukan pakej ground sahaja?
Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.
Muat Turun Jadual Lengkap
Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.
Kelebihan Pakej Ini
Penerbangan lengkap luggage & Meals onboard
Lawatan ke Philips Island Eco Nature Park
Penginapan Hotel 3 bintang
Termasuk pengurusan VISA ETA
Tiada Compulsary Shop
Berhubung Dengan Kami
Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Fendi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 0107625770
Berminat untuk Tempahan?
Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.