skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM6690

Termasuk Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

8 Hari 6 Malam
Air Astana Airlines
3 Bintang
15 Seat

Tarikh Pelepasan

3-10 April 2020
8-15 Oct 2020
4-11 Dec 2020

Aturcara Program

HARI 1: KUALA LUMPUR – KHAZAKSTAN – MOSCOW (MDK)

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan lewat malam ke Moscow dari Almaty, Kazakhstan. Berhenti di Almaty untuk transit sebelum terbang ke Moscow. Tiba di Moscow dan bertemu dengan pemandu pelancong di Lapangan Terbang Bandaraya Moscow. Terus ke Hotel dan daftar masuk.

HARI 2: MOSCOW (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan mulakan lawatan bandar. Singgah di Kremlin (termasuk tiket masuk). Dataran Merah – di luar dinding Kremlin. Lihat Mausoleum Lenin, Savior (Spasskaya) Tower – dimana ia menunjukkan kegemilangan Empayar Moscow, Muzium Sejarah, Cathedral of the Intercession yang cantik (Gereja St Basil), Katedral Kazansky dan banyak lagi kepingan seni bina Rusia yang luar biasa. Kemudian anda akan diberi masa sendiri di pusat bandar. Membeli-belah di GUM Dept Store. Makan malam di restoran bandar sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Moscow.

HARI 3: MOSCOW (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan meneruskan aktiviti lawatan bandar. Lawati Cathedral of Vasily the Blessed, Cathedral of Christ the Savior, Lomonosov Moscow State University, Bukit Vorobyovy, Novodevichy Convent, studio pembuatan Mosfilm, Teater Bolshoi, bangunan KGB, Park Pobedy di Poklonnaya Gora, Triumphal Arch. Masa bebas di pusat bandar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah meneroka Metro, stesen paling indah di metropolitan Moscow. Berjalan kaki di sepanjang Stary Arbat, jalan tertua di Moscow. Membeli cenderahati. Makan malam sebelum pulang ke hotel. Bermalam di Moscow

HARI 4: MOSCOW – ST PETERSBURG (SP/MM)

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Anda akan dibawa ke stesen keretapi Leningradsky Vokzal. Perjalanan ke St. Petersburg dengan kereta api Sapsan berkelajuan tinggi (712km; 3.5 – 4 jam). Tiba di stesen St Petersburg, Moskovsky Vokzal. Bertemu dengan pemandu pelancong di stesen kereta api dan dibawa terus ke hotel, aktiviti bebas sehingga makan malam. Anda boleh melawat Benteng Peter dan Pauls (Berhenti untuk foto). Makan malam di restoran bandar dan bermalam di St.Petersburg

HARI 5: ST PETERSBURG (SP/MM)

Sarapan pagi di restoran hotel dan teruskan melawat bandar St Petersburg. Lawati Peterhof Grand Palace, pelbagai istana dan taman yang dibina oleh Peter the Great untuk bersaing dengan Istana Versailles oleh Louis XIV dari Perancis. Selepas itu, masa lapang akan diberikan untuk membeli-belah di pusat bandar. Makan malam di restoran kemudian terus ke hotel. Bermalam di St Petersburg.

HARI 6: ST PETERSBURG (SP/MM)

Sarapan pagi di restoran hotel dan mulakan aktiviti seharian dengan melawat Muzium Negeri Hermitage, muzium seni dan budaya. Muzium seni kedua terbesar di dunia. Selepas itu, masa lapang akan diberikan untuk membeli-belah di pusat bandar. Pada waktu petang, anda akan menaiki Neva River cruise. Makan malam di restoran kemudian terus ke hotel. Bermalam di St Petersburg.

HARI 7: ST PETERSBURG – ALMATY (SP/MDK)

Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Almaty. Transit di Almaty, Kazakhstan untuk satu malam. (M6)

HARI 8: ALMATY – KUALA LUMPUR (SP/MDK)

Sarapan pagi di hotel dan terus ke Almaty untuk aktiviti bebas sebelum pergi ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Senarai Harga

Harga Dewasa Kanak-Kanak Berkatil Kanak-Kanak Tidak Berkatil Bayi
Sebenar RM6890 RM5790 RM3300 RM1000
15 Terawal RM6690 RM5590 RM3000 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Hanya kanak-kanak bawah 4 tahun boleh menggunakan pakej berharga rm3000 (tidak berkatil)
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket penerbangan pergi dan balik Air Astana kelas ekonomi beserta 20 kg bagasi dan 7kg bagasi kabin untuk seorang.
Penginapan di hotel lokal 3*/4* atau setaraf dengannya.
Bayaran masuk untuk semua tempat lawatan: Kremlin, Peterhof Grand Palace
Keratapi Laju Sapsan dari Moscow ke St Petersburg
Half board meals (Sarapan pagi di hotel dan makan malam di restoran – makanan Halal, makanan laut atau makanan vegetarian). Makan tengah hari – sendiri.
Penginapan 1 malam di Almaty, Kazakhstan
Bas yang berhawa dingin dan selesa
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Diiringi pemandu pelancong yang terlatih dan profesional

Pakej Tidak Termasuk

Etiqa takaful (RM100/seorang Asas) – akan diatur atas permintaan
Bayaran masuk ke tempat yang tidak diberitahu di dalam itinari
Surcaj tambahan untuk waktu perayaan, waktu puncak dan cuti sekolah (jika berkenaan)
Perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, makanan ringan, bar mini dan perkhidmatan porter jika tidak disediakan.
Makan tengah hari, minuman, tiket masuk ke tempat lawatan selain daripada yang ditetapkan dalam jadual perjalanan.
Bayaran tambahan untuk kapasiti bagasi yang berlebihan
Lain-lain daripada yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Lawatan 2 Bandar Moscow & Petersburg
 Pengalaman Menaiki Kereta Api Laju Sapsan
 Pengalaman Menaiki Neva River Cruise
 Jimat Masa (In Moscow,Out Petersburg)
 Pengurusan makanan halal & qiblat

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Azmi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 01133560497

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan