4H3M KK Kundasang [Lengkap Flight]

Pakej 4H3M KK-Kundasang membawa anda menikmati keindahan Gunung Kinabalu, Kundasang, dan Kota Kinabalu. Lawatan termasuk Desa Cattle Farm, Sabah Tea Garden, Poring Hot Spring, serta pengalaman membeli-belah di Pasar Filipina dan KK Chocolate House.
Bermula RM1399/pax
  • 4H3M
  • Malaysia Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU – KUNDASANG (SP)
Berkumpul di KLIA1 untuk penerbangan ke Kota Kinabalu. Setibanya di Kota Kinabalu, peserta akan melawat Menara Yayasan Sabah, Masjid Terapung, dan Jambatan Tamparuli, simbolik pekan Tamparuli. Perjalanan diteruskan ke Kundasang (2 jam perjalanan) dengan singgahan di Pekan Nabalu. Bermalam di Kundasang.

HARI 2: KUNDASANG – KOTA KINABALU (SP/MDK)
Sarapan pagi sebelum memulakan lawatan ke Desa Cattle Farm, yang dikenali sebagai “New Zealand Sabah” kerana pemandangannya yang indah. Seterusnya, peserta akan melawat Sabah Tea Garden dan merasai pengalaman Fish Spa di Marakau. Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring, termasuk bayaran masuk (lawatan tambahan seperti Canopy Walk – RM10/pax, tab mandi terbuka – RM10/3 jam, dan kolam renang – RM3/3 jam tidak termasuk). Petang, peserta bertolak ke Kota Kinabalu. Makan malam (tidak termasuk) di Restoran Waterfront sebelum bermalam di Kota Kinabalu.

HARI 3: KOTA KINABALU (SP/MDK)
Hari ini adalah aktiviti bebas, peserta boleh memilih lawatan pilihan (termasuk pengangkutan):

  • Island Hopping: Manukan & Sapi + Sunset Tg Aru + Night Market – RM115/pax
  • Mari-Mari Cultural Village + Sunset Tg Aru + Night Market – RM160/pax (min. 4 orang)
  • Sewa kereta (Bezza/Saga) – RM160/hari

Bermalam di Kota Kinabalu.

HARI 4: KOTA KINABALU – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi sebelum daftar keluar hotel. Peserta akan dibawa membeli-belah di Pasar Filipina, Jamilah Jewellery, KK Chocolate House, dan D’Ita Kek Lapis Borneo sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Pakej KK Kundasang Sabah,Pakej KK Kundasang Sabah,Pakej KK Kundasang Sabah

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg
  • Penginapan di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi di Kota Kinabalu
  • Penginapan di hotel 4 bintang (Kinabalu Pines Resort) lengkap dengan sarapan pagi di Kundasang
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancongan (driver cum guide) berbahasa Melayu
  • Upah pemandu pelancong (Tipping)

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Kos makan tengahari dan malam (anggaran RM10-RM15 sekali makan) kecuali dinyatakan dalam jadual
  • Ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Kota Kinabalu)
  • Tiket lawatan tambahan di Poring Hot Spring
    • Canopy Walk: RM10/pax
    • Tab mandi terbuka: RM10/3 jam
    • Kolam renang: RM3/3 jam (Malaysia) | RM5/3 jam (bukan Malaysia)
  • Kos pengangkutan, pemandu pelancong, atau makanan pada hari ke-3
  • Kos tambahan untuk rakyat bukan Malaysia

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM300 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan