7H4M Korea (1 Day Free & Easy) Brunei Airlines

Pakej Korea Brunei Airlines dengan sehari free & easy ini akan menerokai Pulau Nami, Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, dan Myeongdong Shopping Street. Peserta juga akan menikmati aktiviti bebas selama sehari di Seoul.
Bermula RM3790/pax
  • 7H4M
  • Brunei Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – BANDAR SERI BEGAWAN – INCHEON – SEOUL (MDK)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Seoul, Korea melalui transit di Brunei. Peserta boleh menikmati aktiviti bebas di Bandar Seri Begawan sebelum meneruskan perjalanan ke Seoul.

HARI 2: SEOUL – PULAU NAMI (SP/MT/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Incheon, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong dan bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan). Lawatan pertama ke Pulau Nami, lokasi terkenal dari drama Winter Sonata, termasuk pengalaman menaiki feri. Selepas makan tengahari, peserta akan melawat Yeouido Park sebelum makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Seoul.

HARI 3: SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum memulakan lawatan ke Gyeongbokgung Palace & National Folk Museum. Peserta juga boleh memilih untuk bersiar-siar dengan pakaian hanbok di istana (pilihan tambahan: 15,000-30,000 won). Lawatan diteruskan ke Masjid Itaewon, diikuti aktiviti membeli-belah di Itaewon Shopping Street dan Cosmetic Outlet. Selepas makan tengahari, peserta akan menyertai Kimchi School & Seaweed Museum untuk belajar membuat kimchi dan memakai hanbok. Lawatan diteruskan ke Dongdaemun Market dan Insadong Street, pusat seni dan budaya Korea. Makan malam dan bermalam di Seoul.

HARI 4: SEOUL – MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Ginseng Gallery dan Redpine Gallery. Peserta akan dibawa ke Bukchon Hanok Village, kawasan rumah tradisional Korea yang masih terpelihara dengan baik. Selepas makan tengahari, peserta akan meneruskan aktiviti membeli-belah di Namdaemun Market, pasar tertua di Korea, serta Myeongdong Shopping Street, pusat beli-belah terbesar di Korea. Makan malam sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Seoul/Incheon.

HARI 5: SEOUL – FREE & EASY (SP)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas sepanjang hari. Peserta boleh memilih untuk meneroka Seoul mengikut pilihan masing-masing. Bermalam di Seoul/Incheon.

HARI 6: SEOUL – INCHEON – BANDAR SERI BEGAWAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Donuimun Village Museum, tempat bersejarah yang menggambarkan kehidupan zaman Joseon. Lawatan diteruskan ke Cheonggyecheon Stream, Ikseondong Hanok Village, dan Haneul Park (tidak termasuk Mini Train). Selepas makan tengahari, peserta akan menikmati masa bebas di Hongdae Street dan Local Supermarket sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan ke Brunei.

 

HARI 7: BANDAR SERI BEGAWAN – KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Lapangan Terbang KLIA, tamat perjalanan.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg
  • Penginapan selama 4 malam di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket masuk lawatan seperti dalam jadual
  • Lawatan di Bandar Brunei (Transit)
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Sewa hanbok di Gyeongbokgung Palace (15,000-30,000 won)
  • Yuran visa K-ETA (RM70/pax)
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam senarai termasuk

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan