6H4M Korea Musim Bunga [Tanpa Lawatan Ginseng]

Pakej 6H4M Korea Musim Bunga menampilkan lawatan ke Pulau Nami, Everland Theme Park, Gyeongbokgung Palace, Myeongdong Shopping Street dan Namdaemun Market. Pengalaman budaya termasuk memakai hanbok dan membuat kimchi. Tiada lawatan ke kedai ginseng atau redpine.
Bermula RM4590/pax
  • 6H4M
  • Malaysia Airlines

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – INCHEON (MDK)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk taklimat ringkas sebelum berlepas ke Seoul. Setelah daftar masuk bagasi, peserta akan menuju ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Incheon. Setibanya di Incheon, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong sebelum dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Bermalam di Incheon/Seoul.

HARI 2: SEOUL – PULAU NAMI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Chuncheon dengan tempoh perjalanan selama dua jam. Peserta akan mengunjungi Morning Calm Garden, taman yang terkenal dengan keindahan bunga dan seni landskap yang memukau. Seterusnya, peserta akan menaiki feri menuju Pulau Nami, lokasi terkenal daripada drama Winter Sonata. Selepas makan tengahari, peserta akan menikmati masa bersantai di pulau sebelum bertolak kembali ke hotel. Makan malam di restoran berdekatan sebelum bermalam di hotel.

HARI 3: EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum menuju ke Everland Theme Park, salah satu taman tema terbesar di Korea. Peserta akan menghabiskan masa sepanjang hari menikmati pelbagai tarikan seperti roller coaster, taman bunga bermusim, serta pelbagai aktiviti menarik. Makan tengahari disediakan di dalam taman tema. Pada waktu petang, peserta akan bertolak kembali ke Seoul untuk makan malam sebelum bermalam di hotel.

HARI 4: SEOUL CITY TOUR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan lawatan ke Gyeongbokgung Palace dan National Folk Museum, di mana peserta berpeluang menyaksikan sejarah dan kebudayaan Korea. Peserta juga boleh memilih untuk menyewa hanbok dan bersiar-siar di dalam kawasan istana. Seterusnya, lawatan ke Bukchon Hanok Village yang terkenal dengan rumah tradisional Korea sebelum melawat Insadong Street, kawasan yang dipenuhi dengan seni dan kraf tempatan. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Dongdaemun Market, pusat membeli-belah terkenal untuk barangan Korea. Makan malam sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Seoul/Incheon.

HARI 5: SEOUL – MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel sebelum peserta dibawa ke Kimchi School & Seaweed Museum untuk merasai pengalaman membuat kimchi serta mencuba pakaian tradisional Korea, hanbok. Selepas itu, lawatan diteruskan ke Kedai Kosmetik dan Duty Free Shop untuk membeli produk kecantikan dan cenderamata. Selepas makan tengahari, peserta akan mengunjungi Namdaemun Market, pasar tradisional tertua di Korea, diikuti dengan Myeongdong Shopping Street, pusat membeli-belah terbesar di Korea. Setelah makan malam, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6: INCHEON – KUALA LUMPUR (MDK)
Peserta akan berlepas dari Lapangan Terbang Incheon menuju ke Kuala Lumpur. Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tamat perjalanan.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 30kg
  • Penginapan di hotel 3 bintang lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Makan dalam kapal terbang
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Aktiviti pilihan seperti sewa hanbok di Gyeongbokgung Palace (15,000 – 30,000 won)
  • Yuran visa K-ETA (RM70/pax)
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam senarai

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan