HARI 1: KLIA 2 – SEOUL
Berkumpul di lapangan terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.
HARI 2: SEOUL – PULAU NAMI (MT/MM)
Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami dengan menaiki feri. Seterusnya peserta akan di bawa ke Sokcho dan bermalam di Hotel.
HARI 3: EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Everland Theme Park. Makan tengah hari dan alami keseronokan di salah satu taman tema terbesar di Korea. Pulang semula ke Seoul dan aktiviti bebas sebelum makan malam dan bermalam di hotel.
HARI 4: SEOUL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, anda bergerak dan melalui hadapan Blue House. Lawati Gyeongbokgung Palace and National Folk Museum. Selepas makan tengah hari, melawat ke Masjid Itaewon & membeli-belah di Itaewon Street. Lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan Cosmetic Outlet. Seterunya peserta akan dibawa membeli belah di Dongdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.
HARI 5: SEOUL – MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa ke Local Supermarket dan Duty Free Shop. Seterusnya peserta akan di bawa membeli belah di Myeongdong street & Namdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.
HARI 6: SEOUL – KLIA 2
Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke KLIA2.