Harga Seorang Bermula
RM4299
Lengkap Penerbangan
Khidmat Pelanggan
Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.
Tarikh Pelepasan
Aturcara Program
HARI 1: KLIA 2 – SEOUL (MDK)
Berkumpul di KLIA 2 untuk penerbangan malam ke Seoul.
HARI 2: PULAU NAMI – SKI RESORT (MT/MM)
Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami dengan menaiki feri. Bertolak ke Pusat Peranginan Ski Elysian Gangchon untuk merasai pengalaman bermain ski (Tidak termasuk peralatan ski) Nota: adalah wajib untuk memakai sekurang-kurangnya sepasang boot ski jika anda ingin memasuki kawasan ski untuk tujuan keselamatan.
HARI 3: PAJU – EUNPYEONG HANOK VILLAGE – INSADONG ANTIQUE STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel dan anda akan bergerak ke Paju. Kunjungi Imjingak Freedom Bridge, dan Jambatan Gantung Majang. Bertolak ke Seoul. Perkampungan Hanok Eunpyeong berlatar belakang Gunung Bukhansan. Lawati Jalan Antik Insadong , salah satu tarikan paling menarik di Seoul yang mewakili pusat tumpuan budaya dan kraf tradisional Korea. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
HARI 4: SEOUL – NAMDAEMUN MARKET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, anda bergerak ke Blue House untuk mengambil gambar. Lawati Istana Gyeongbokgung . Selepas makan tengah hari, melawat ke Masjid Itaewon & membeli-belah di Itaewon. Lawati Sekolah Kimchi dan Muzium Rumpai Laut untuk pengalaman membuat Kimchi & memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) .Luangkan sedikit masa pada sebelah petang di Hongdae Shopping Street.Makan malam dan pulang ke hotel.
HARI 5: SEOUL – MYEONGDONG SHOPPING STREET (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel Lawati Pasar Ikan Noryanjin dan Kedai Outlet Kosmetik. Lawati kedai Bebas Cukai dan membeli-belah di Myeongdong & Pasar Namdaemun. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.
HARI 6: SEOUL – KLIA 2 (MDK)
Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke KLIA 2.
Senarai Harga
Dewasa | Dewasa | Kanak-kanak Berkatil | Kanak-kanak Tidak Berkatil | Bayi | |
---|---|---|---|---|---|
Harga | RM4499 | RM5039 | RM3999 | RM3699 | RM1000 |
Harga 15 Terawal | RM4299 | RM4839 | RM3799 | RM3499 | RM1000 |
Nota Lanjut
- Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang.
- Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
- Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
Pakej Termasuk
Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi Air Asia X termasuk bagasi 20kg seorang dan 7kg untuk bagasi kabin
Penginapan di hotel lokal 3 bintang beserta sarapan pagi antarabangsa.
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Tiket masuk seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
Makanan halal atau mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam pakej
Pakej Tidak Termasuk
Insuran Pelancongan
Pengurusan k-eta (RM36~)
Perkara selain daripada yang disebutkan dalam jadual
Wang saku dan perbelanjaan sendiri
Perlukan pakej ground sahaja?
Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.
Muat Turun Jadual Lengkap
Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.
Kelebihan Pakej Ini
Tiada Kedai Ginseng
Penginapan 3-4 bintang di Seoul/Incheon
Penerbangan termasuk muatan 20kg
Aktiviti Shopping yang diperbaiki (Lebih banyak masa)
Lebih banyak tempat lawatan & Aktiviti Seronok
Berhubung Dengan Kami
Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Ismail

Shera

Hani

Indra
Berminat untuk Tempahan?
Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.