HARI 1 : KUALA LUMPUR- KOTA KINABALU
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat dan Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum ke Kinabalu National Park untuk bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu. Kemudian anda akan dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan kundasang.
HARI 2 : KUNDASANG-KOTA KINABALU
Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Seterusnya, melawat ke Sabah Tea Garden dan Luanti Fish Spa untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda juga akan melawat Poring Hot Spring & pengalaman Canopy Walk di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba di Kota Kinabalu, anda akan dibawa melawat Signal Hill dimana anda boleh melihat pemandangan penuh bandaraya Kota Kinabalu dan akhir sekali, menikmati pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru. Makan malam Seafood di Todak Seafront (optional). Check in di penginapan kota kinabalu.
HARI 3 : KOTA KINABALU-KUALA LUMPUR
Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata sebelum bertolak ke Lapangan terbang kota kinabalu