HARI 1: TIBA DI KUCHING – KUCHING CITY TOUR
Tiba di Kuching Airport, disambut oleh pemandu pelancong dan meneruskan lawatan ke Kuching City. Kuching dikenali sebagai bandar Sarawak yang mempunyai tempat menarik untuk dilawati. Antara tempat yang akan dilawati adalah The Astana, City Tower, Main Bazaar, China Town & Old State Mosque. Selepas lawatan, peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam.
HARI 2: SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE – CROCODILE FARM– SARAWAK RIVER CRUISE (BF)
Sarapan pagi di hotel, peserta akan teruskan lawatan ke Semenggoh WildLife Centre, yang dikenali sebagai tempat Pusat Pemuliharaan Orang Utan dimana peserta berpeluang melihat orang utan datang menjamu sarapan pagi di dua stesen yang disediakan untuk pelawat. Seterusnya, lawatan akan diteruskan ke Crocodile Farm & Sarawak River Cruise. Selepas itu pada waktu petang, perjalanan akan diteruskan ke Sarawak River Cruise untuk melihat bandar Kuching dan menyaksikan matahari terbenam yang indah. Dalam perjalanan ini juga, peserta akan dihiburkan dengan tarian tradisional oleh penari tempatan. Makan malam di restoran tempatan berdekatan.selepas lawatan, peserta akan dibawa ke hotel dan bermalam.
HARI 3: SRAWAK CULTURAL VILLAGE – CAT MUSEUM – KEK LAPIS (BF)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan akan diteruskan ke Sarawak Cultural Village. Terkenal dengan sebuah muzium hidup yang dibina untuk melihat dengan lebih dekat tentang kehidupan masyarakat etnik di Sarawak. Tiba sahaja di lokasi, peserta akan dibawak untuk menerokai 7 replika asli rumah etnik Sarawak. Sewaktu pelawat menerokai kampung Sarawak, anda akan dihiburkan dengan tarian tradisional dari pelbagai etnik suku kaum Sarawak. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Cat Museum & Homemade Kek Lapis. Kek Lapis dikenali sebagai makanan tradisional dan pemanis mulut yang diminati oleh masyarakat tempatan. Selepas lawatan, peserta akan dibawa ke hotel dan bermalam.
HARI 4: FREE & EASY – AIRPORT TRANSFER (BF)
Sarapan pagi di hotel. Aktiviti bebas. Peserta akan dibawak ke lapangan terbang untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.