skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM6290

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

10 Hari 7 Malam

Commersial Airlines

Hotel 4-5 Bintang

30 Seat

Tarikh Pelepasan

12-20 Dec 2021
7-16 Jan 2022
8-16 Feb 2022
4-12 Feb 2022
11-19 Mar 2022
18-26 Mar 2022

Aturcara Program

Hari 1: KUALA LUMPUR – SARAJEVO

Peserta akan berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Sarajevo bagi memulakan perjalanan. Setelah sampai ke lapangan terbang Sarajevo dan terus ke hotel untuk daftar masuk. Makan tengahari di restoran dan aktiviti bebas. Makan malam dan berehat di hotel.

Accommodation di Sarajevo: Hotel Koncept 4* or similar class

Hari 2: SARAJEVO

Selepas makan pagi, akan meneruskan perjalanan ke Vrelo Bosne (sumber Sungai Bosna, dengan tasik indah yang penuh dengan ikan dan angsa dan pulau-pulau hijau kecil) dan Museum Tunnel of Hope. Selepas makan tengahari di local restoran, bermula dengan Sarajevo City Tour. Bersiar siar ke Bashcarsija, Numerous Mosques dan Oriental Shops, Latin Bridge, Vjecnica, Town Hall. Aktiviti bebas dan membeli belah. Daftar masuk hotel, makan malam dan berehat.

Accommodation di Sarajevo: Hotel Koncept 4* or similar class 

Hari 3: SARAJEVO – DUBROVNIK – TREBINJE

Selepas makan pagi, teruskan perjalanan ke Dubrovnik/Croatia untuk city tour. Bandar Dubrovnik City Tour termasuk ke Dubrovnik Old Town, Dubrovnik City Walls, Onofrio Fountain and Harbor, Rectors’s Palace. Masjid Dubrovnik yang paling terkenal terletak di Dubrovnik Islamic Center. Selepas makan tengahari teruskan perjalanan ke Bosnia and Hercegovina dan melawat Mostar. Mostar City Tour termasuk bersiar siar ke Old Bridge, Bey’s Mosque, Oriental Bazar dan Turkish House. Daftar masuk hotel, makan malam dan berehat.

Accommodation di Trebije: Hotel Leotar 4* or similar class

Hari 4: TREBINJE – KOTOR – BUDVA – TREBINJE

Selepas makan pagi menuju ke Montenegro dan melawat Budva. Tiba di Budva dan melawat ke Land Gate, Ancient Necropolis, The Fortress, Njegosh’s Street, Marina, Mediteranska Street, Ballerina and Morgen Beach. Makan tengahari di local restoran. Perjalanan seterusnya ke bandar kecil Kotor. Nikmati berjalan kaki ke bandar yang merangkumi Square of Arms, Beskuca Palace, Byzanti Palace, Pima Palace, St. Tryphone Palace, Martime Museum and North Gate. Sebagai tarikan terbesar adalah tembok kota yang menjadikan Kotor menjadi sebahagian daripada Warisan Dunia UNESCO. Selepas perjalanan tersebut, Kembali ke Trebinje untuk makan malam dan berehat.

Accommodation di Trebije: Hotel Leotar 4* or similar class

Hari 5: TREBINJE – KRAVICE – MOSTAR

Hari ini kita akan menuju ke Mostar. Perhentian pertama adalah mengunjungi air terjun Kravice. Selepas tiba di Mostar, makan tengahari di local restoran dan bermula Mostar City Tour. Bersiar siar ke Old Bridge, Bey’s Mosque, Oriental Bazar and Turkish House. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan berehat.

Accommodation di Mostar: Hotel Eden 4* or similar class

Hari 6: MOSTAR – BLAGAJ – POCITELJ – MOSTAR

Sarapan pagi di hotel. Akan melawat ke Buna Springs, Blagaj Tekija – Terletak di bawah tebing besar di sumber Sungai Buna, Blagaj Tekija mewakili struktur keagamaan Uthmaniyyah – yang masih digunakan oleh para bhikkhu – dalam suasana Mediterranean. Dengan iklimnya yang sederhana, suasana yang indah, dan air tawar yang dapat diminum, ini merupakan tempat kegemaran ramai bangsawan Rom, wazir Uthmaniyyah, dan pegawai Austro-Hungaria. Makan tengahari di local restoran dan menuju ke Pocitelj Old Town. Pulang semula ke Mostar untuk makan malam dan berehat.

Accommodation di Mostar: Hotel Eden 4* or similar class

Hari 7: MOSTAR – SARAJEVO AIRPORT

Menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Mengembalikan kenangan dan cenderamata indah dari Balkan.

Senarai Harga

Dewasa Kanak-kanak Berkatil Kanak-kanak Tidak Berkatil Bayi
Harga RM6790 RM6790 RM6320 RM1000
Harga 15 Terawal RM6590 RM6590 RM6120 RM1000

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket penerbangan pergi dan balik Tertakluk kepada perubahan
Bas seperti didalam itinerari
English tour guide/tour leader
4* hotel atau setaraf
Makan seperti di dalam itinerary
Tempat masuk (Kravice, Vrelo Bosne, War Tunnel, Kotor, Blagaj)
Tourist tax
Road taxes dan tolls

Pakej Tidak Termasuk

Tips untuk pemandu bas dan guide
Visa application
Perbelanjaan sendiri
Lawatan yang tidak dinyatakan
PCR Test sebelum berlepas dan sebelum pulang (50 euro) ditangung sendiri oleh peserta
Insuran Khas

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

Hotel bertaraf 4-5 bintang
Lawatan tempat bersejarah bosnia sebenar
Melawati Air terjun Kravice

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin-Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Ismail

Liza

Hani

Saddam

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan