skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM4080

Lengkap Penerbangan

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

8 Hari 6 Malam

Malindo Airlines

3 Bintang

15 Seat

Tarikh Pelepasan

14-21 Sept 2020
23-30 Sept 2020
14-21 Oct 2020
23-30 Oct 2020
13-20 Nov 2020
21-28 Nov 2020
3-10 Dec 2020
8-15 Dec 2020
15-22 Dec 2020

Aturcara Program

HARI 01: ARRIVE DELHI (MDK)

Setiba di Lapangan Terbang Indra Ghandi, New Delhi. Bertemu dan dijemput oleh pemandu pelancong dan terus ke hotel bermalam di Delhi.

HARI 02: DELHI- SRINAGAR (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel dan ke lapangan terbang domestik untuk penerbangan ke Srinagar. Setiba di Srinagar, bertemu dan dijemput oleh pemandu pelancong dan terus ke rumah bot (Deluxe Houseboat) di tasek dal. Setelah berehat dan sarapan, lawatan diteruskan ke Mughal Gardens melawat Nishat Bagh (Abode of pleasure). Nishat Bagh telah dibina oleh Jehangir iaitu ipar kepada Asif Khan pada tahun 1632, dan Shalimar Bagh (Abode of Love) dibina oleh Jehangir untuk isterinya permaisuri Noor Jehan. Kesemua taman ini terletak bersebelahan Tasik Dal yang dibelakangnya Gunung Zabarwan. Lawatan diteruskan ke kilang tenunan permaidani sebelum makan malam dan kembali semula ke Houseboat untuk bermalam diatas Tasik Dal.

HARI 03: SRINAGAR-SONAMARG-SRINAGAR (SP/MT/MM)

Setelah sarapan lawatan diteruskan ke Sonamarg (Golden Meadow), mengambil masa 2jam30minit sepanjang 83 km. Sonamarg terletak di lembah Sindh, pelbagai bunga disekitarnya dan di kelilingi gunung-gunung. Sonamarg juga terkenal sebagai salah satu ‘base camp’ bagi pendaki gunung Himalayan Lakes. Anda berpeluang merasai pengalaman menunggang kuda menuju ke Thajwas Glaciers dan  Sledge riding  di atas salji. Kembali semula ke Houseboat untuk makan malam dan berehat dan bermalam di atas Deluxe Houseboats.

HARI 04: Srinagar – Gulmarg- Srinagar (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Gulmard (Meadow of Flower), ketinggian gunung Gulmarg adalah setinggi 2730meter bawah paras laut dan salah satu tempat bermain ski dan golf tertinggi di dunia yang mempunyai 18 lubang. Juga boleh melihat pemandangan Nanga Parbhat sekiranya cuaca mengizinkan. Laluan sepanjang Tangmarg ke Gulmarg sangat menarik, juga terdapat laluan singkat ke Khilangmarg. Makan tengah hari di Gulmarg sebelum pulang ke Srinagar. Aktiviti bebas. Makan malam dan bermalam di Deluxe Houseboat.

HARI 05: SRINAGAR-DELHI-AGRA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan sekitar Tasik Dal dengan menaiki “Shikara” bot kecil. Lawatan diteruskan ke Floating Market dan Sayuran.  Selepas sarapan, menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Delhi. Setiba di Delhi, Menuju ke Agra (City of Taj Mahal). Sampai di Agra, makan malam sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Agra.

HARI 06: AGRA-DELHI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Taj Mahal, ia merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang diakui secara resmi oleh UNESCO. Taj Mahal telah dibina pada zaman Shah Jahan pada tahun 1631, pembinaanya adalah sebagai memperingati kematian isterinya Mumtaz Mahal. Selepas makan tengah hari, menuju ke Delhi. Sampai di Delhi makan malam sebelum daftar masuk hotel dan bermalam di Agra.

HARI 07: DELHI- KUALA LUMPUR (SP/MT)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel, Lawatan sekitar banda Delhi merangkumi Old and New Delhi visiting India Gate, Jamia Mosque, Lakshmi Narayan Temple (Birla Temple), Lotus Temple, Raj Ghat (Cremation Place of Father of Nation Mahatma Gandhi), Qutab Minar, drive past Red Fort, President’s Palace, Parliament House, Government Buildings etc. Penghantaran ke Lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

HARI 08: ARRIVAL KUALA LUMPUR (MDK)

Tiba di Malaysia dengan membawa cenderamata dan memori indah.

Senarai Harga

Dewasa Kanak-kanak berkatil Kanak-kanak Tidak berkatil Bayi
Harga RM4280 RM4080 RM3599 RM500
Harga 15 Terawal RM4080 RM3880 RM3399 RM500

Nota Lanjut

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM500 seorang. 
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.

Pakej Termasuk

Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk bagasi 20kg seorang dan 7kg untuk bagasi kabin
Penginapan di hotel lokal 3 bintang beserta sarapan pagi antarabangsa.
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
Pemandu pelancong/Tip untuk pemandu (English/Bahasa)
Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Tiket masuk seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
Makanan halal atau mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam pakej
Termasuk VISA

Pakej Tidak Termasuk

Perbelanjaan peribadi seperti makan, minum yang tidak dinyatakan dalam aturcara, saguhati, dobi dan lain-lain.
Insurans Pelancong
Urusan visa untuk peserta bukan warga Malaysia.

Perlukan pakej ground sahaja?

Apa itu pakej ground? Pakej ground bermaksud pakej tanpa penerbangan. Anda akan menguruskan tiket penerbangan anda sendiri dan kami akan sediakan pengurusan tour di destinasi anda daripada A-Z.

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Kelebihan Pakej Ini

 Lawatan New Delhi,Srinagar & Agra
Lawatan ke Taj Mahal
Fokus pada lawatan gunung ganang sepanjang lembah sindh
Dua malam menginap di Houseboat
Termasuk VISA
Penginapan Hotel 3 bintang selesa

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
03 95441442 (Isnin Jumaat 9.00am-5.30pm) ataupun diluar waktu pejabat, anda boleh berhubung atau whatsapp dengan tour consultant kami

Fendi 0168115770

Aishah 0162028227

Hani 0163625434

Khalis 0107625770

Berminat untuk Tempahan?

Anda hanya perlu isikan borang ini dan kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda serta info pakej lengkap.

    Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan