6H4M Dubai Abu Dhabi

Pakej 6H4M Dubai, Abu Dhabi & Sharjah menawarkan pengalaman menerokai bandar moden Arab dengan lawatan ke Dubai Frame, Future Museum, Ferrari Park, serta pengalaman unik Dhow Cruise dan Desert Safari dengan makan malam BBQ.
Bermula RM4090/pax
  • 6H4M
  • AirArabia

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – SHARJAH – DUBAI (MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Sharjah. Setibanya di Sharjah, peserta akan bergerak ke Dubai (40 minit perjalanan). Lawatan bermula dengan Dubai Frame dan Future Museum (photostop), diikuti dengan lawatan ke Jumeirah Beach, pantai awam terkenal di Dubai. Pada waktu malam, peserta akan menikmati makan malam atas air di Dhow Cruise sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Dubai.

HARI 2: DUBAI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum meneruskan lawatan ke Old Dubai dan menaiki Abra Ride, sebuah bot tradisional. Lawatan diteruskan ke Leather Shop untuk membeli barangan kulit berkualiti tinggi, diikuti dengan kunjungan ke Gold Souk Market, salah satu pasar emas tertua di Emiriah Arab Bersatu. Pada sebelah petang, peserta boleh memilih untuk melawat Burj Khalifa (lawatan pilihan: USD 55). Makan malam buffet dan bermalam di Dubai.

HARI 3: DUBAI – ABU DHABI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Abu Dhabi. Lawatan meliputi Heritage Village, Ferrari Park, Louvre Museum, dan Corniche (photostop). Peserta juga akan berpeluang membeli cenderahati di kedai handicraft. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan kembali ke Dubai. Makan malam dan bermalam di Dubai.

HARI 4: DUBAI – DESERT SAFARI (SP/MM)
Sarapan pagi dan aktiviti bebas pada sebelah pagi. Pada sebelah petang, peserta akan dibawa ke Desert Safari untuk menikmati pengalaman padang pasir dengan aktiviti 4WD, sandboarding, serta hiburan tradisional. Makan malam BBQ di padang pasir sebelum kembali ke hotel. Bermalam di Dubai.

HARI 5: SHARJAH – KUALA LUMPUR (SP)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Peserta akan bertolak ke Lapangan Terbang Sharjah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6: KUALA LUMPUR
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tamat perjalanan.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 30kg
  • Penginapan hotel 3 bintang di Dubai atau Sharjah lengkap dengan sarapan pagi
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Lawatan ke bandar Abu Dhabi
  • Dhow Cruise dengan hiburan
  • Safari di padang pasir dengan makan malam BBQ
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan & Covid-19
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Tiket masuk pilihan:
    • Top Burj Khalifa (USD 55)
    • Dubai Frame (USD 23)
    • Museum of the Future (USD 54)
    • Global Village (USD 17)
    • Ferrari World (USD 87)
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam senarai termasuk

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan