skip to Main Content

Harga Seorang Bermula

RM5499

Khidmat Pelanggan

Tetapkan temujanji bersama kami melalui Chat dan dapatkan info lanjut berkenaan percutian ini sekarang.

Tarikh Pelepasan

Tarikh Harga Status
4-13 Dec 2018 (by oman air) RM5988 RM5499 Dibuka

Aturcara Program

HARI 1:  KLIA – Muscat – Cairo (D)

Peserta bertolak dari KLIA dan pelu berkumpul 3 jam sebelum bertolak. Peserta akan berkumpul di Muscat, dan akan dijemput oleh pemandu pelancong kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Makan malam di restoran tempatan dan bertolak untuk “check in” hotel. 

HARI 2: Cairo (B, L, D)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa menziarahi Makam Imam As-Syafie & Makam Syeikh Zakaria Ansari. Makan tengahari di restoran tempatan dan menunaikan solat di masjid berdekatan. Melawat ke Salahuddin    Al-Ayyubi    Qal’ah Fortress & masjid Ali Basha. Makan malam di restoran tempatan. Peserta akan bermalam di Cairo.

HARI 3: Cairo – Suez – Dahab (B/L/D)

Sarapanpagi  dan peserta akan “check out” hotel.  Bertolak ke Dahab untuk melalui terowong Ahmad Hamdi  dan terowong Suez. Lawatan diteruskan ke Muzium Kubu Israel dan Uyun Musa (air Nabi Nabi Musa). Makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Peserta akan makan malam di restoran tempatan. Seterusnya, peserta akan bermalam di Dahab dan “Check in” hotel.

HARI 4: Dahab – St.Catherine (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel dan “check out” hotel. Peserta boleh lakukan aktiviti bebas (atau kawasan pilihan melihat bot kaca). Makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Peserta akan bertolak ke St.Catherine. lawatan diteruskan menziarahi Makam Nabi Harun & Nabi Soleh. Peserta juga berpeluang untuk  melihat “Lembu Samiri”. Makan malam di hotel.

Pilihan: Tursina Mountain Climbing (Walk @ Camel Ride)

HARI 5: St. Catherine – Suez – Cairo (B/L/D)

Sarapan di hotel. Peserta akan dibawa menuju ke Gereja St.Catherine Church. Peserta akan patah balik ke hotel dan untuk “check out”. Makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Bertolak ke Kaherah. Peserta akan makan malam di restoran tempatan. “Check in” hotel & bermalam di Kaherah.

HARI 6: Cairo (“Jejak Rasul”) (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan menziarahi “Makam Ahli Keluarga Nabi, Wali Allah dan  Ulama’(Sayyidah Nafisah,Saiyyidah  Ruqayyah,  Al-Imam Ibnu   Atho’illah  As-Sakandari  Muallif, Ibnu   Abi   Jamrah,   Kamaluddin   Ibnu Humam” dll. (Jika ada masa). Makan tengahari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Masjid Ibnu Thulun. Makan malam di restoran tempatan. Balik ke hotel dan menginap di Cairo.

HARI 7: Cairo – Alexandria (B/L/D)

Sarapan di hotel.  Bertolak ke Mediterranean Sea & menziarahi. Peserta akan dibawa melawat Kubu Raja Qaitbay. Makan tengahari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Lawatan diteruskan menziarahi ke “Makam Abul Abbas Al-Mursi”, “Makam   Nabi   Daniel”   &   “Makam Luqman Al-Hakim”. Makan malam di restoran tempatan. Balik hotel dan bermalam di Cairo.

HARI 8: Cairo – Giza – Cairo (B/L/D)

Bersarapan di hotel.  Peserta akan bertolak menuju ke Pyramyd di Giza dan Sphinx. Makan tengahari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Melawat ke Masjid Al-Azhar dan menzirahi “Makam Saidina Hussin”.  Peserta berpeluang untuk membeli-belah di Khan El-Khalili Bazaar. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Cairo.

HARI 9: Cairo – Al Fayoum (B, L, D)

Selepas sarapan, peserta boleh “check out” hotel. Peserta akan bertolak ke bandar Al-Fayoum. Lawatan diteruskan ke tasik Daj Istana Qarun. Makan tengahari di restoran tempatan dan menunaikan solat. Peserta aka meneruskan perjalanan ke White Desert (Shalala) & Oasis Wadi Rayyan. Peserta akan patah balik ke Cairo. Makan malam di restoran tempatan @ (pilihan: makan malam di Nile Cruise). Bertolak ke lapangan terbang.

HARI 10: KUALA LUMPUR

Selamat kembali ke Kuala Lumpur pada pukul 01:30. Peserta akan sampai di KLIA pada pukul 19:40.

Senarai Harga

Dewasa Kanak-kanak Berkatil Kanak-kanak Tidak Berkatil Bayi
Harga RM5988 RM5788 RM5788 RM2500
Harga Promo RM5499 RM5199 RM2500 RM2500

Nota Lanjut

  • Harga sesetengah tarikh mungkin berbeza, Hubungi kami untuk harga lengkap.
  • Harga promosi terhad sehingga tamat tempoh promosi.

Pakej Termasuk

Tiket dan cukai penerbangan pergi & balik oleh Oman Air
Hotel 5 bintang
Pengankutan diesdiakan oleh AC sepanjang lawatan. Wi-Fi percuma, DVD players, Personal TV untuk seorang
Pemandu pelancong profesional berbahasa Malaysian atau English –sepanjang lawatan (perkhidmatan pemandu pelancong dari hari ketibaan hingga ke destinasi)
Makanan disediakan seperti jadual perjalanan
Bayaran letak kereta.
Semua cukai perkhidmatan seperti dinyatakan dalam jadual perjalanan
Makan malam di Nile Cruise
Semua cas perkhidmatan seperti dalam jadual perjalanan

Pakej Tidak Termasuk

bayaran tambahan bagasi
Lawatan pilihan
Insurans
Perkhidmatan pelabuhan ke lapangan terbang
Perbelanjaan peribadi

Muat Turun Jadual Lengkap

Muat turun jadual dalam bentuk pdf ataupun cetak terus info jadual lengkap daripada laman web ini.

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami hari ini untuk dapatkan sebut harga untuk servis yang anda perlukan.Kami boleh dihubungi melalui email ataupun di talian:

03-89575770

Isnin-Jumaat (9.00am-5.30pm)

Kenapa Anda Patut Pilih Kami?

 Syarikat berdaftar dengan kementerian
 Pakej tiada tips (bayaran) tersembunyi
 Deposit terendah & bayaran ansuran
 Servis kualiti muslim yang lebih baik
 Harga pakej dibawah harga pasaran
 Pakej fleksibel dan mengikut bajet anda
 Team kami sentiasa ada untuk anda

Berminat untuk Tempahan?

Kami akan emailkan anda butiran lanjut perjalanan, jumlah bayaran penuh untuk kumpulan anda dan info pakej lengkap. Anda juga boleh bertanya soalan lanjut di whatsapp [klik sini]