HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI (MDK)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke London, United Kingdom melalui Dubai.
HARI 2: LONDON (SP/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London dan disambut oleh pemandu pelancong. Peserta akan melawat Windsor Castle, Emirates Stadium, dan Stamford Bridge untuk sesi bergambar. Bermalam di London.
HARI 3: LONDON (SP/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan bandar ke Tower Bridge, Big Ben, Eye of London, Buckingham Palace, The Westminster Abbey, St James Palace, Trafalgar Square, dan Downing Street. Selepas itu, peserta akan menikmati masa bebas di Oxford Street dan Chinatown. Bermalam di London. (Lawatan pilihan: Eye of London – 90 Euro)
HARI 4: LONDON – BRUSSELS (SP/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar sebelum bertolak ke Brussels, Belgium. Peserta akan menaiki Ferry atau Eurotunnel dari Dover ke Calais sebelum tiba di Brussels. Lawatan bandar meliputi City Hall, Grand Place, Palace of Justice, Royal Palace, La Grand Place, dan Atomium (photostop). Makan malam dan bermalam di Brussels.
HARI 5: BRUSSELS – AMSTERDAM (SP/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Belanda. Peserta akan melawat Zaanse Schans dan Taman Bunga Keukenhof (April – pertengahan Mei sahaja). Seterusnya, peserta akan singgah di Islamic Faith Foundation untuk solat sebelum menikmati masa bebas di Damrak, Amsterdam. Makan malam dan bermalam di Amsterdam. (Lawatan pilihan: Canal Cruise – 35 Euro)
HARI 6: AMSTERDAM – GIETHOORN – COLOGNE – DUSSELDORF (SP/MM)
Sarapan pagi sebelum daftar keluar hotel. Peserta akan bertolak ke Giethoorn, perkampungan indah tanpa jalan raya. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Jerman untuk melawat Cologne Cathedral, Cologne Mosque, dan Hohenzollern Bridge, diikuti dengan masa bebas di Old Market. Makan malam dan bermalam di Dusseldorf.
HARI 7: DUSSELDORF – LUXEMBOURG – PARIS (SP/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Luxembourg untuk melawat Adolphe Bridge, Place de la Constitution, dan Alzette River Valley. Selepas itu, peserta akan bertolak ke Paris, Perancis. Makan malam dan bermalam di Paris.
HARI 8: PARIS (SP/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan bandar ke Eiffel Tower, Grande Mosquee De Paris, Palais Garnier, Foyer de la Madeleine, Place de la Concorde, Louvre Museum (tidak masuk), dan Cathedrale Notre-Dame de Paris. Aktiviti membeli-belah di La Fayette sebelum makan malam dan bermalam di Paris. (Lawatan pilihan: Paris Cruise – 35 Euro)
HARI 9: PARIS – DUBAI (SP)
Sarapan pagi sebelum daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan ke Arc de Triomphe, Champs Elysees Street, dan membeli-belah di La Valle Village Luxury Outlet. Peserta kemudian akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
HARI 10: DUBAI – KUALA LUMPUR (MDK)
Peserta tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Tamat perjalanan.