8H6M Kashmir India Taj Mahal

Pakej 8H6M Kashmir & Taj Mahal membawa anda menikmati keindahan Lembah Kashmir, Pahalgam, Gulmarg, dan sejarah Taj Mahal. Peserta akan bermalam di houseboat di Srinagar, menaiki Shikara Ride, serta meneroka Apple Valley dan Betaab Valley yang terkenal dalam filem Bollywood.
Bermula RM4890/pax
  • 8H6M
  • Airasia, Malaysia Airlines, Batik Air

Jadual Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DELHI (MDK/MM)
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Delhi, India. Setibanya di Delhi, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong, menikmati makan malam, dan daftar masuk hotel. Bermalam di Delhi.

HARI 2: DELHI – SRINAGAR (DOMESTIC FLIGHT) (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, peserta akan daftar masuk ke houseboat. Lawatan diteruskan ke Nishat Garden, Shalimar Garden, dan kilang karpet. Pada waktu petang, peserta akan menaiki Shikara Ride sambil menikmati pemandangan matahari terbenam selama satu jam. Makan malam dan bermalam di houseboat.

HARI 3: SRINAGAR – PAHALGAM – SRINAGAR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum bertolak ke Pahalgam, yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Dalam perjalanan, peserta akan melawat Apple Valley dan Apple Orchids. Setibanya di Pahalgam, lawatan diteruskan ke Betaab Valley, lokasi penggambaran filem Bollywood terkenal, dan Aru Valley, lembah indah dengan pemandangan kampung shepherds. Selepas makan tengahari, peserta akan kembali ke Srinagar untuk makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 4: SRINAGAR – GULMARG – SRINAGAR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Gulmarg, kawasan peranginan terkenal yang terletak di Pir Panjal Range. Peserta akan menaiki Gondola Ride, menikmati pemandangan hutan pain serta aktiviti bebas di puncak (tidak termasuk bayaran). Lawatan juga termasuk singgahan ke kedai cenderahati. Selepas makan tengahari, peserta akan kembali ke Srinagar untuk makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 5: SRINAGAR – DELHI – AGRA (DOMESTIC FLIGHT) (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum penerbangan domestik ke Delhi. Setibanya di Delhi, peserta akan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Agra. Makan malam dan bermalam di Agra.

HARI 6: AGRA – DELHI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi sebelum lawatan ke Taj Mahal, makam megah yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Selepas itu, peserta akan menikmati makan tengahari di restoran terkenal sebelum perjalanan diteruskan ke Delhi. Setibanya di Delhi, daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Delhi.

HARI 7: DELHI – KUALA LUMPUR (SP/MT)
Sarapan pagi sebelum lawatan bandar Delhi, termasuk India Gate, President’s Palace, dan Masjid Jama. Peserta juga akan menikmati Makanan Mughlai, terkenal dengan hidangan seperti briyani. Selepas membeli-belah, peserta akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 8: KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA dan tamat perjalanan.

Termasuk:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk bagasi 30kg
  • Tiket penerbangan domestik Delhi – Srinagar – Delhi termasuk bagasi 15kg
  • Penginapan di hotel 3/4 bintang sepanjang perjalanan
  • 1 malam penginapan di houseboat di Srinagar
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan
  • Tiket lawatan seperti dalam jadual
  • Pengangkutan bas/van berhawa dingin yang selesa sepanjang perjalanan
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa Inggeris sepanjang lawatan
  • Perkhidmatan ketua rombongan profesional
  • Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
  • Visa kemasukan ke India bagi warganegara Malaysia
  • Air mineral (2 botol sehari untuk setiap peserta)

Tidak Termasuk:

  • Insurans perjalanan
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan dalam jadual
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, cenderahati, panggilan telefon, porter, dobi, dan lain-lain
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam senarai termasuk

Butiran lain-lain:

  • Deposit bayaran adalah sebanyak RM1000 seorang.
  • Harga 15 peserta terawal berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
  • Bayaran akhir perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Pakej ini adalah pakej lengkap tanpa bayaran tersembunyi.
  • Sila pastikan anda baca terma dan syarat di pautan ini [Terma & Syarat]

Tarikh Pelepasan & Harga:

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

  • Cik Anis

    Tour Operation Exec

    Cik Nuren

    Tour Operation Exec

  • Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

  • Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

    En Ammar

    Tour Consultant Exec

    Cik Syahirah

    Tour Consultant Exec

    En Rakin

    Tour Consultant Exec

    En Bashier

    HOD Tour Consultant

    Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm),Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

    • Pertanyaan/SurveyBerminat Tempahan