HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – CAIRO (MOB/MM)
Berkumpul di KLIA untuk perlepasan. Tiba di Cairo International Airport (CAI) untuk berjumpa dengan wakil tour leader di sana. Para peserta akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Peserta berehat dan bermalam di Cairo.
HARI 2: PIRAMID AGUNG MESIR (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dijemput dari hotel dan dibawa ke Piramid Agung Mesir iaitu Giza Pyramid yang terletak di Giza. Giza Pyramid merupakan satu daripada tujuh keajaiban dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Khufu daripada Dinasti Keempat Mesir. Di sekitar pyramid ini, peserta juga dapat melawat Sphinx dan Papyrus Institute. Peserta akan berehat sebentar untuk makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, peserta akan melawat Muzium Mesir dan Kilang Minyak Wangi di Cairo. Pulang ke hotel. Makan malam dan bermalam di Cairo.
HARI 3: KUBU PERTAHANAN SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi di mana menjadi benteng pertahanan ketika perang salib berlaku. Di sekitarnya peserta boleh melawat Masjid Mohamed Ali dan Imam As-Shafie. Makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian peserta akan melawat Masjid Azhar dan Hussein untuk melihat keunikan bangunan itu tersendiri. Peserta akan singgah di Bazar Khan Khalili dan diberi masa untuk membeli belah. Pulang ke hotel. Makan malam dan bermalam di Cairo.
HARI 4: CAIRO – ALEXANDRIA – CAIRO (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan perjalanan dari Cairo ke Alexandria dengan memakan masa 3 jam sejauh 214 KM. Tiba di Alexandria, peserta akan melawat Kubu Qeit Bey. Kubu Qeit bey di Alexandria dianggap sebagai kubu pertahanan yang paling penting, bukan hanya di Mesir, tetapi juga di sepanjang pantai Laut Mediterranean. Kubu yang dibina di atas runtuhan Rumah Api Alexandria yang terkenal ini merupakan sebahagian penting dalam sistem kubu Alexandria pada abad ke-15 Masihi. Makan tengah hari di restoran tempatan. Melawat Masjid Abu Al-Abbas dan Montazah Gardens untuk melihat pemandangan Istana King Farouk. Pulang ke Cairo. Makan malam dan bermalam di Cairo.
HARI 5: AKTIVITI BEBAS – MENAIKI CRUISE DI SUNGAI NIL (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan diberi masa bebas untuk membeli belah di Down Town & Citysars Shopping Mall. Di sebelah petang pula, peserta akan dibawa menaiki Cruise di Sungai Nil untuk menikmati makan malam di atas kapal sambil melihat pemandangan Cairo pada waktu malam. Peserta berpeluang melihat pertunjukkan Belly Dance dan Folkloric Show di atas cruise. Pulang ke hotel dan bermalam di Cairo.
HARI 6: CAIRO – KUALA LUMPUR (KUL) (SP/MDK)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan berkumpul untuk daftar keluar hotel dan bergerak ke Cairo International Airport (CAI) untuk pulang ke Kuala Lumpur.